Saturday 3 November 2012

Nota Ulangkaji Topik 8 – Penilaian Pengajaran Makro


Topik 8 – Penilaian Pengajaran Makro

 

PENILAIAN MENGIKUT MODEL PENCERAPAN KLINIKAL

 

Tujuan pencerapan klinikal diadakan ialah untuk:

(a) Memperbaiki kelemahan pengajaran pembelajaran.

(b) Memperkembangkan potensi dan kemahiran.

 

Unsur-unsur Penilaian:

1.         Ia merupakan suatu teknologi untuk meningkatkan pengajaran.

2.         Pencerapan klinikal ialah pertimbangan intervensi dalam proses 

            pengajaran.

3.         Pencerapan klinikal berorientasikan matlamat dengan menyepadukan   

keperluan sekolah dan keperluan perkembangan peribadi guru di sekolah.

4.         Pencerapan klinikal mempunyai hubungan kerja yang profesional antara guru dan penyelia.

5.         Ia memerlukan kepercayaan yang tinggi antara guru dan penyelia seperti mana yang boleh diperlihatkan melalui persefahaman, sokongan dan komitmen untuk tujuan peningkatan proses pengajaran dan pembelajaran.

6.         Ia merupakan suatu penilaian yang sistematik, walaupun memerlukan kaedah yang fleksibel dan perubahan yang berterusan.

7.         Pencerapan klinikal membina satu hubungan yang produktif antara sesuatu yang unggul dan yang sebenar.

8.         Ia mengandaikan bahawa seorang penyelia mempunyai pengetahuan yang tinggi tentang penganalisisan pengajaran dan pembelajaran serta hubungan kemanusiaan yang produktif.

9.         Ia memerlukan latihan praperkhidmatan (khususnya dalam teknik-teknik pemerhatian) serta refleksi yang berterusan terhadap pendekatan yang berkesan.

 

 

 

 

Garis panduan untuk melaksanakan penilaian pencerapan klinikal:

1.         Konferens Pra-Pencerapan

Semasa konferens pra-pemerhatian, hubungan mesra antara penyelia dan guru adalah penting supaya sesi perbincangan dapat dijalankan dengan lancar.

2.         Pemerhatian Semasa Pengajaran dan Pembelajaran dan Konferens Pos pemerhatian Semasa pemerhatian dibuat bagi proses pengajaran dan pembelajaran serta konferens pos-pemerhatian dijalankan,

 

 

Peringkat-peringkat Penilaian

1.         Konferens Perancangan (Pra-pemerhatian)

Konferens pra-pemerhatian ialah peringkat permulaan bagi proses pencerapan klinikal yang bertujuan untuk membina persefahaman antara penyelia dan anda tentang pengajaran yang bakal dijalankan

 

2.         Pemerhatian Semasa Pengajaran Dan Pembelajaran

Dalam peringkat ini penyelia memerhati pengajaran yang disampaikan oleh anda dan membuat catatan (data).

 

Penyelia akan menyediakan huraian data bagi membantunya semasa sesi bimbingan. Pemerhatian dilakukan sepanjang waktu pengajaran bagi mata pelajaran berkenaan.

 

4.         Konferens Maklum Balas (Pos-pemerhatian)

Konferens pos-pemerhatian merupakan sesi perbincangan selepas pengajaran dijalankan. Ia bertujuan untuk memberi maklum balas kepada anda supaya dapat:

(a) Meningkatkan mutu pengajaran.

(b) Mencapai kemajuan profesionalisme diri.

(c) Membuat penilaian kendiri.

 

Pendekatan preskriptif (prescription approach) ialah

·         Pendekatan di mana penyelia merupakan sumber kepakaran dalam konteks dialog antara penyelia dan anda.

·         Penyelia menentukan bagaimana sesuatu pengajaran patut diajar.

 

Pendekatan kolaboratif (collaborative approach)

·         merupakan pendekatan di mana penyelia dan anda berkongsi kepakaran. Penyelia akan membantu anda membina autonomi melalui refleksi dan penilaian kendiri.

Pendekatan arah kendiri (self-directed approach) pula ialah

·         pendekatan di mana penyelia berperanan sebagai fasilitatorterhadap perkembangan idea anda.

·         Matlamat pendekatan ini ialah untuk membolehkan anda membuat refleksi,

membuat keputusan dan membina alternatif sendiri terhadap penyelesaian masalah yang dihadapi.

 

 

 

 

REFLEKSI KENDIRI

Membuat refleksi secara teratur akan dapat membantu anda:

(a)       Berfikir secara sistematik dan memahami perkara yang berlaku dalam bilik darjah secara wajar dan rasional.

(b)       Membentuk matlamat dan inkuiri secara profesional.

(c)        Melaksanakan model pembelajaran yang menunjukkan pengajaran sebagai satu proses pengetahuan yang berterusan.

(d)       Melaksanakan perbincangan dan kolaborasi dengan penyelia.

 

 

 

 

 

Objektif jurnal refleksi ditulis ialah untuk:

 

(a)       Menyimpan catatan penglibatan anda di sekolah sebagai renungan.

(b)       Menilai tugas dan tanggungjawab yang telah dijalankannya.

(c)        Menjadikannya asas atau panduan kepada tindakan susulan.

(d)       Meningkatkan kepekaan terhadap bidang tugas anda.

(e)       Menjadikan jurnal refleksi sebagai bahan perbincangan dengan penyelia..

(f)        Meningkatkan kemahiran profesionalisme anda.

 

Tujuan penilaian oleh rakan sebaya dan penyelia dijalankan ialah untuk:

(a)       Menambahbaik proses dan aktiviti pengajaran anda.

(b)       Memberi maklum balas kepada anda mengenai pengajaran

(c)        Memberi peluang yang sistematik untuk anda memperkembangkan kemahiran pengajarannya.

(d)       Menentukan nilai pengajaran anda.

 

Langkah-langkagh  penambahbaikan terhadap kekuatan pengajaran dan menambahbaikan kelemahan dalam pengajaran:

 

(a) Suara      

·         Suara anda perlu jelas didengari oleh semua murid-murid dalam kelas.

(b) Bahan sumber pengajaran

·         Anda harus memilih bahan sumber yang sesuai dengan tajuk.

·         Bahan sumber biar sedikit tetapi memberi kesan yang baik kepada pengajaran anda.

(c) Hasil pembelajaran

·         mesti menentukan bilangan dan hasil pembelajaran yang perlu bagi         satu-satu sesi pengajaran.

(d) Kaedah pengajaran

·         Sebagai tindakan susulan terhadap kekuatan dan kelemahan pengajaran, anda perlu meneliti dan seterusnya menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dapat memberi impak yang berkesan terhadap pencapaian hasil pembelajaran.

(e) Penutup

·         Sebagai tindakan susulan sesi penutup pengajaran, anda perlu

menutup sesi pengajaran dengan menggalakkan pelajar membuat

rujukan jika perlu, mengamal nilai-nilai yang diterapkan

 

 

TNota Ulangkaji Topik 7: Persembahan Pengajaran Mikro dan Makro Pendidikan Moral


Topik 7: Persembahan Pengajaran Mikro dan Makro Pendidikan Moral

 

KEMAHIRAN MIKRO

 - kemahiran kecil dalam pengajaran praktik yang dipermudahkan dari segi skop dan

Organisasinya

 - membantu memperbaiki kaedah pengajaran anda serta meningkatkan kemahiran mengajar yang khusus .

1. Set Induksi

·         untuk membina aliran fikiran murid
·         perlulah berkaitan dengan peristiwa semasa, isi pelajaran baru serta
           pengalaman dan minat murid.

Objektif set induksi dilaksanakan adalah untuk:

(a)       membina kesediaan murid mengikuti pengajaran guru;

(b)       membina aliran fikiran murid berkaitan dengan pelajaran yang akan  disampaikan oleh guru

(c)        menarik minat murid terhadap aktiviti pengajaran yang henda disampaikan oleh guru

(d)       membantu murid mengikuti pelajaran dengan lebih mudah dan bermakna

(e)       mengaitkan pengalaman atau pengetahuan lampau murid dengan isi

            pelajaran baru yang hendak disampaikan;

(f)        mewujudkan kerangka rujukan sebelum dan semasa sesuatu sesi pengajaran.

 

2. Kemahiran Menerang

·         menghuraikan sesuatu konsep, prinsip-prinsip dan fenomena.

 

Objektif menerang adalah seperti berikut:

(a)       Memudahkan murid memahami sesuatu pengajaran, fakta dan konsep yang disampaikan oleh guru;

(b)       Menghuraikan sesuatu proses, peraturan dan prosedur,

serta menyelesaikan masalah;

(c)        Menyampaikan maklumat atau penjelasan isi pelajaran dalam masa yang singkat;

(d)       Membuat ramalan terhadap sesuatu peristiwa tertentu yang berlaku.

 

 

Komponen Kemahiran Menerang

1.         Permulaan Penerangan - menarik, ringkas dan padat

2.         Kemahiran Ilustrasi - menggunakan contoh, atau sumber yang sesuai dan berkaitan dengan tajuk.

3.         Penyusunan Idea - daripada senang kepada susah, konkrit kepada abstrak dan daripada pengetahuan sedia ada kepada pengalaman baru.

4.         Penutup - membuat rumusan atau kesimpulan tentang isi-isi penting dalam penerangan anda.

 

3. Kemahiran Menyoal

Di peringkat set induksi

kemahiran menyoal ini digunakan untuk menolong murid mengingat kembali pengalaman lepas yang berkaitan.

 

Di peringkat perkembangan

kemahiran menyoal adalah untuk memastikan sama ada murid dapat mengikuti

pengajaran anda atau tidak.

 

Di peringkat penutup

menyoal adalah untuk menilai pencapaian objektif pelajaran pada masa tersebut.

Menyoal mempunyai komponen-komponen berikut, iaitu:

1.         Pembentukan Soalan - tepat, jelas, ringkas dan mudah
difahami oleh murid

2.         Fokus- fokus tunggal (jawapan ringkas sahaja atau jawapan ya/tidak). dan fokus pelbagai – memerlukan penjelasan dan percambahan idea daripada murid.
3.         Sebaran – semua murid diberi hak
4.         Hentian – beri masa kpd murid untuk berfikir jawapan.
5.         Melayani Jawapan – beri pujian, bantu jawapan murid
6.         Memberi petunjuk jawapan
7.         Mencungkil fikiran

 

4. Kemahiran Memberi Peneguhan

(a)       Komponen Gerak Isyarat Positif

            senyuman, angguk kepala, menulis jawapan murid di papan tulis, melihat dan

memandang mereka dengan wajah berminat dan mesra.

 

(b)       Komponen Dampingan

mendampingi atau berada di sebelah mereka untuk memberi sokongan terhadap pencapaian mereka.

 

(c)        Komponen Lisan Negatif – elakkan daripada berlaku.

 

(d)       Komponen Gerak Isyarat Negatif – menimbulkan riak muka yang menakutkan murid – elakkan .

 

5. Penutup kognitif :

(a)       membuat rumusan atau kesimpulan tentang apa yang telah murid pelajari melalui catatan isi penting di papan tulis atau papan gulung

(b)       memberi kerja bertulis melalui lembaran kerja atau buku latihan

(c)        memberi aktiviti pengayaan kepada murid, dan

(d)       memberi soalan secara lisan kepada murid anda tentang isi penting yang telah dipelajari.

 

 

 

Penutup sosial:

biasanya dilakukan dengan mengguna teknik peneguhan. Dalam kaedah teknik ini, anda biasanya, memberi pujian, dorongan dan galakan kepada murid yang telah berjaya melaksanakan sesuatu tugasan yang anda berikan.

 

 

 

Nota Ulangkaji Topik 5 ELM3102


Nota Ulangkaji Topik 5

Aplikasi Kemahiran dalam Pengajaran Pembelajaran Pendidikan Moral

1. Pembelajaran berasaskan Teori Of Constraint

 

Pengenalan
Theory of Constraints (TOC) adalah salah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang inovatif daripada perspektif guru dan murid. Teknik ini dapat “menghidupkan” pengajaran dan pembelajaran sejarah sekaligus meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran ini.

Apakah TOC?
TOC adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran kemahiran berfikir dan penyelesaian masalah berdasar pemikiran yang logik dan sistematik. Teknik ini adalah sebagai satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid.

Kelebihan TOC
Menerusi perlaksanaan teknik TOC dalam pengajaran dan pembelajaran, murid dan guru berupaya;
• mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran.
• menyelesaikan masalah dengan berkesan.
• membuat keputusan secara bertanggungjawab dan bersama.
• berkomunikasi dengan baik dan
• memperoleh pembelajaran sepanjang hayat.

Melalui aplikasi teknik TOC, tiga kemahiran dapat digabungjalinkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran iaitu;
• kemahiran berfikir secara kritis
• kemahiran berfikir secara kreatif
• kemahiran generik

plikasi TOC dalam pendidikan
Dalam pendidikan, teknik TOC boleh diaplikasikan menerusi;
• kandungan kurikulum.
• pengajaran dan pembelajaran konsep.
• membuat keputusan berkaitan dengan permasalahan pembelajaran.
• perancangan strategik untuk mencapai matlamat.

Cadangan kaedah penggunaan teknik TOC dalam pendidikan adalah sebagaimana berikut;

• sesi bercerita ( pemahaman konflik dan cara watak membuat keputusan).
• kajian kes ( modifikasi kelakuan dan tingkah laku, pembelajaran nilai murni dan kerohanian).
• Kandungan Huraian Sukatan Pelajaran ( kemahiran berfikir dan perancangan strategik).

Teknik dalam TOC
Dalam pendidikan terutamanya pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah, terdapat tiga teknik TOC yang boleh diaplikasikan iaitu;

• Teknik Awan ( The Cloud )
• Teknik Sebab dan Akibat ( Logic Branch )
• Teknik Penyelesaian Masalah ( Problem Solving )


Teknik Awan ( The Cloud )

Teknik ini memikirkan tentang sesuatu kejadian, idea, situasi dan penyelesaian konflik yang bertentangan kehendak. Konflik yang hendak diselesaikan mungkin berbentuk konflik internal yang hanya melibatkan satu pihak sahaja atau konflik eksternal yang melibatkan dua pihak.

Teknik Sebab dan Akibat (Logic Branch)

Teknik ini menerangkan bagaimana sesuatu tingkah laku, idea atau kejadian mengakibatkan kesan-kesan berikutnya. Murid mampu menerangkan urutan perkara-perkara penting dengan cara hubungan yang logik. Murid juga mampu mengenalpasti hubungan sebab dan akibat dengan cara yang berfokus menerusi permulaan tindakan yang berentet-rentet.


Teknik Penyelesaian Masalah (Problem Solving)

Teknik penyelesaian masalah adalah satu teknik pengajaran yang bertujuan untuk memberi peluang dan ruang kepada pelajar lebih produktif dan bertukar pandangan dalam usaha untuk menyelesaikan persoalan yang dikemukakan kepada mereka. Teknik ini boleh digunakan bagi merancang langkah-langkah dengan sistematik secara kolaboratif untuk menghadapi dan mengatasi cabaran ke arah pencapaian matlamat yang telah ditetapkan.

 Aplikasi TOC dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah

Teknik Awan
i.       Berpandukan teks, pelajar terlebih dahulu mengenalpasti konflik yang      wujud.


ii.      Kenalpasti keperluan yang berdasarkan kehendak yang mencetuskan konflik.
iii.     Murid mempertimbangkan anggapan tertentu.
iv.      Kenal pasti pula matlamat bersama.
v.       Murid akan mencari penyelesaian ‘win-win’ ke arah tercapainya matlamat bersama.



Teknik Penyelesaian Masalah
i. Murid mengenal pasti matlamat yang hendak dicapai dengan berpandukan kepada teks yang dikemukakan.
ii. Murid mengenal pasti pula cabaran-cabaran yang menghalang pencapaian matlamat.
iii. Kemudian murid mencari langkah-langkah untuk mengatasi cabaran supaya matlamat dapat dicapai.

Kesimpulan

Menerusi kaedah TOC pelajar dapat menguasai dan mengaplikasikan kemahiran berfikir dan penyelasaian masalah berdasarkan pemikiran yang logik dan sistematik. Di samping itu setiap keputusan yang dibuat oleh murid untuk menyelesaikan sesuatu masalah adalah dibuat dengan bertanggungjawab dan secara kolektif. Menerusi kaedah TOC juga, murid mampu berkomunikasi dengan baik .

 

2.     Pembelajaran Aktif

 

Pembelajaran Aktif dalam Pendidikan Moral: Inovasi dan Kreativiti Guru

 

Dr. Vishalache Balakrishnan

Jabatan Asas Pendidikan dan Kemanusiaan

Universiti Malaya

visha@um.edu.my

 

Pengenalan

Pembelajaran aktif bukanlah satu idea yang baru. Sejak zaman Socrates lagi pembelajaran aktif sudah dipraktikkan. Pendidik progresif seperti John Dewey menekankan kepentingan pembelajaran aktif. Pembelajaran aktif merupakan satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang semakin popular dalam era ini. Guru digalakkan beralih daripada pengajaran pasif ke pengajaran aktif  dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Tetapi guru perlu ada inovasi dan kreativiti dalam imaginasi mereka sama ada di dalam atau di luar bilik darjah untuk melaksanakan satu set aktiviti pembelajaran aktif.

 

Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan pembelajaran aktif?

Pembelajaran aktif merujuk kepada pendekatan di mana murid berinteraksi dengan bahan pengajaran. Murid melakukan sesuatu yang termasuk mengenali, memproses and mengaplikasi informasi (nilai) yang diterima. Menurut Meyers dan Jones (1993), pembelajaran aktif berasal daripada dua andaian: (1) pembelajaran pada hakikatnya adalah satu aktiviti yang aktif dan (2) murid yang berlainan mempunyai cara belajar yang berbeza.

Pembelajaran aktif menjadi realisasi apabila murid diberikan peluang untuk berinteraktif dengan apa yang dipelajari. Ini sebenarnya menggalakkan mereka memahami dan mengembangkan pengetahuan dan bukan menerima pengetahuan secara pasif. Dalam persekitaran pembelajaran aktif, guru mengambil posisi fasilitator dan bukan setakat penyampai ilmu sahaja.

 

Mengapakah pembelajaran aktif diberikan keutamaan?

Kajian telah menunjukkan bahawa pembelajaran aktif merupakan satu pendekatan yang efektif. Tidak kira apa mata pelajaran yang diajar, pembelajaran aktif membolehkan murid mempelajari lebih banyak perkara, menyimpan informasi lebih lama and berasa seronok dalam bilik darjah. Pembelajaran aktif menggalakkan murid mempelajari daripada guru dan murid lain dibandingkan dengan cara tradisional yang melibatkan murid itu sendiri sahaja. Kajian juga telah menunjukkan bahawa penglibatan pasif secara umumnya membawa kepada retensi pengetahuan yang terhad seperti yang ditunjukkan di bawah:
 
 


Kon Pembelajaran

 

 

Bagaimanakah menyerap pembelajaran aktif dalam pengajaran anda?

Menggunakan pembelajaran aktif boleh menjadi satu cabaran kepada guru dan murid yang tidak biasa dengan pendekatan tersebut. Guru sebagai fasilitator menyerahkan sebahagian daripada kuasa mengawal kelas kepada murid dan murid pula memikul tanggungjawab bukan hanya untuk apa yang dipelajari tetapi juga cara mempelajari sesuatu yang diajar. Berikut adalah beberapa teknik umum untuk memberikan peluang kepada murid untuk terlibat secara aktif dalam pembelajaran mereka:

 

Think-pair-share ialah aktiviti mudah yang boleh digunakan dalam kelas. Berikan masa untuk murid memikirkan tentang sesuatu topik, minta mereka berbincang dengan kawan di sebelah dan kemudian berkongsi hasil perbincangan tadi dengan seluruh kelas.

 

Minute Papers memberi peluang kepada murid untuk sintesis pengetahuan mereka dan menanya soalan kepada isu yang tidak terjawab. Berikan murid beberapa minit untuk menjawab soalan berikut secara bertulis ataupun lisan: Apakah perkara yang paling penting yang kamu pelajari hari ini? Apa yang kamu kurang faham? Pelbagaikan soalan sebegini dan respon murid akan mengukuhkan proses pembelajaran mereka dan memberikan kamu feedback/maklum balas tentang pemahaman murid.

 

Brainstorming ialah satu lagi teknik mudah yang melibatkan seluruh kelas dalam sesuatu perbincangan. Perkenalkan apa yang perlu dipelajari dan minta input daripada murid yang akan anda catat atas papan hitam.

 

Permainan yang berkaitan dengan Pendidikan Moral mudah diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran untuk menggalakkan pembelajaran aktif dan penglibatan murid. Permainan berbentuk padankan, pertandingan, permainan board, menyelesaikan puzzle dan sebagainya boleh digunakan.

 

Kerja kumpulan membenarkan setiap ahli kumpulan bersuara, berkongsi pendapat dan mengembangkan kemahiran untuk bekerjasama dengan orang lain untuk menyiapkan sesuatu tugasan. Kerja kumpulan koperatif menghendaki semua ahli kumpulan bekerjasama untuk menyiapkan sesuatu tugasan yang diberikan.

 

Perbahasan di kelas merupakan satu perkakas efektif yang boleh menggalakkan murid memikirkan pelbagai perspektif sesuatu isu.

 

Kajian kes menggunakan kisah sebenar yang menerangkan apa berlaku dalam sesuatu masyarakat, keluarga, sekolah atau individu akan menggalakkan murid mengintegrasikan pengetahuan yang diperolehi dalam bilik darjah dengan pengetahuan kehidupan sebenar, tindakan dan akibat sesuatu tindakan.

 

 

Kebaikan menggunakan pembelajaran aktif and keberkesanannya:

Murid secara individu mungkin akan berhadapan dengan sesuatu masalah dan putus asa tetapi secara berkumpulan, murid akan membantu antara satu sama lain. Dalam pembelajaran aktif, murid akan terdedah kepada pelbagai strategi penyelesaian masalah. Mereka akan berani mencuba strategi tersebut dalam keadaan “power sharing” dan “empowerment”. Murid lebih yakin dalam menjawab soalan atau berdialog dengan guru secara berkumpulan. Secara umumnya, murid belajar secara efektif dan interaktif apabila mereka mengajar antara satu sama lain.

 

Apakah ciri-ciri pembelajaran aktif?

 

Arahan berpusatkan murid

Minat, motivasi dan kekuatan murid perlu dipertimbangkan apabila guru Pendidikan Moral merancang aktiviti kelas. Guru perlu sensitif terhadap latar belakang murid dan kreatif dalam menggunakan pengetahuan sedia ada murid untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid.

 

Komuniti diskusi

Murid mempunyai banyak peluang untuk kolaborasi and bertukar idea antara satu sama lain (murid dengan murid, murid dengan guru, murid dengan warga sekolah). Peluang untuk melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran dikonstruk dengan pembelajaran melalui interaksi dengan lain secara inovatif agar pembelajaran menyeronokkan dan memotivasikan murid.

 

Refleksi

Pembelajaran aktif diimbangkan dengan refleksi. Murid perlu ada masa dan peluang untuk membuat refleksi atas maklumat yang diterima semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Refleksi ini boleh dibantu melalui kolaborasi dengan murid dan guru yang akan membawanya ke tahap equilibrium. Untuk sampai ke tahap pemahaman nilai atau konsep yang diajar, murid terpaksa melalui satu proses yang mencabar dan memerlukan refleksi yang serius. Guru yang kreatif dan inovatif boleh membantu murid membuat refleksi dengan pelbagai cara.

 

 

 

 

Berkongsi tanggungjawab dalam proses pembelajaran

Pembelajaran menjadi bermakna apabila murid bertanggungjawab terhadap pembelajarannya sendiri. Guru boleh membantu murid mencapai tahap tersebut dengan memberi bimbingan dalam bertindak dan berinteraksi dengan pembelajaran sendiri.

 

Kesalahan sebagai perkakas untuk pembelajaran

Menurut Brooks & Brooks (1993), kesalahan adalah satu komponen konflik kognitif dan perkembangan. Ianya merupakan langkah semula jadi untuk pemahaman yang baru. Apabila kesalahan dipandang daripada perspektif positif, murid tidak akan takut membuat kesalahan atau mengambil risiko apabila melaksanakan sesuatu aktiviti.

 

Penilaian autentik

Dalam Pendidikan Moral, murid dinilai melalui pelbagai cara. Melalui pembelajaran aktif, tanggungjawab untuk menilai juga dikongsi bersama murid. Misalnya, penilaian diri dan penilaian rakan sebaya membantu murid menilai pengetahuan dan pemahaman murid yang menjadikan pengajaran lebih bermakna.

 

Peranan guru sebagai fasilitator

Murid belajar melalui pelbagai cara. Seorang guru yang kreatif akan membantu mengembangkan pemikiran kritikal murid. Guru akan menjadi fasilitator yang membantu murid menyelesaikan masalah dan membawa makna kepada pengajarannya daripada hanya setakat menyampaikan ilmu. Tidak ada satu cara mutlak atau pengajaran yang membantu semua murid belajar. Oleh itu, guru Pendidikan Moral perlulah menggunakan pengetahuan, kemahiran dan kreativiti masing-masing untuk memimpin dan menyokong pembelajaran murid mereka.

 

Menggunakan masalah autentik

Penggunaan masalah autentik seperti kajian kes adalah satu perkakas pembelajaran yang efektif. Apabila berhadapan dengan situasi kehidupan sebenar yang tidak mempunyai satu cara penyelesaian yang mutlak, murid perlu menggunakan kemahiran berfikir secara kritikal. Kemahiran tersebut akan mendalam apabila guru mengaitkan pengalaman dan pengetahuan sedia ada murid dengan nilai atau konsep yang diajar.

 

Peranan guru Pendidikan Moral dalam KSSR

Sebagai guru yang perlu mengajar tiga domain (penaakulan moral, perasaan moral, tingkah laku moral), guru berhadapan dengan cabaran yang agak kompleks dalam penyediaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Perhatian perlu diberikan terhadap aktiviti yang akan membantu meningkatkan tanggungjawab murid dalam pembelajaran mereka. Guru juga perlu membantu murid dengan menyediakan garis panduan bagaimana mereka bekerja dalam kumpulan atau melaksanakan aktiviti kolaborasi. Guru menyediakan peluang untuk komunikasi yang akan memberi kesan kepada murid dari aspek berkongsi idea, melaksanakan aktiviti dan mencapai kata sepakat. Tahap penglibatan murid secara aktif juga bergantung kepada jumlah masa dan tahap kedalaman dalam penglibatan murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

 

 

Rujukan

 

Brooks, J.G. & Brooks, M.G. (1993). In search of understanding: The case for constructivist classrooms. Alexandria, VA: Association for Supervision and Curriculum Development.

Dale, E. (1969). Audio-visual methods in teaching. New York: Holt, Rinehart and Winston.

Meyers, C. & Jones, T. (1993). Promoting active learning: Strategies for the college classroom. San Francisco, CA: Jossey-Bass.

 

 

 

 

3.     Pembelajaran Kontekstualisme

 

Pembelajaran Kontekstualisme

Definisi – Satu kaedah pemeblajaran yg menggabungkan isi kandungan dgn pengalaman harian individu, masy. Dan alam pekerjaan melibatkan aktiviti hand-on dan mind-on. Ciri-ciri:

  • dapat proses maklumat baru dgn cara yg bermakna dlm rangka minda.
  • maklumat disampaikan dlm konteks pelbagai dan bermakna
  • guru mewujudkan kepelbagaian persekitaran pembelajaran.

 

4.      Pembelajaran Konstruktivisme

 

Pembelajaran Konstruktivisme

Definisi – Pengetahuan, idea, konsep dibina secara aktif oleh individu yg berfikir berdasarkan pengetahuan sedia ada melalui proses metakognitif. Ciri2

  • Penglibatan- simulasi perasaan ingin tahu
  • Penjelajahan – guna pend. Inkuiri utk menjelajah dan menyiasat
  • Penerangan- definisi konsep dan penyataan
  • Penghuraian – menghubungkait sesuatu kemahiran / konsep
  • Penilaian – menilai pemahaman pelajar melalui demotrasi pemhaman dan kemahiran.

Peranan guru- Fasilitator, pembimbing, mengenalpasti masalah, berfikiran terbuka, mencabar persepsi murid, beri masa yg secukupnya, tahu melaksanakan pembelajran koperatif.

Peranan murid – sikap bertanggungjawab , memnpunyai inisiatif kemuka isu , adakan perbincangan , mencabar hipotesis yg telah dibuat, perlu mempunyai kemahiran maklumat dan penggunaan teknologi .

 

 

 

5.      Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif

 

6.     Kemahiran Kajian Masa Depan

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

7. Integrasi Kecerdasan Emosi (KKE) dalam pengajaran  Pendidikan Moral

 

Aplikasi Kemahiran Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Moral

Integrasi Kecerdasan Emosi (KKE) dalam Pengajaran dan Pembelajaran Moral

 

Pengenala

 

Konsep Kompetensi Kecerdasan Emosi(KKE)

Dalam konteks kecerdasan emosi, kompetensi bermaksud kecekapan atau kelayakan untuk menguruskan kecerdasan emosi diri dengan sempurna.

 

Patricia (1996)

Kompetensi merupakan ciri potensi individu yang membolehkannya menghasilkan prestasi yang tinggi untuk sesuatu tugas, peranan atau dalam sesuatu situasi.

 

 Whiddett dan Hollyfords (2003)

Tingkah laku yang didemonstrasikan oleh individu secara aktif atas kerja yang ditugaskan di bawah konteks organisasinya.

 

 

Pengertian

Ciri-ciri kecekapan menggunakan kecerdasan emosi diri yang melibatkan kemahiran empati, intrapersonal dan interpersonal, termasuk kemahiran sosial.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Model Empat Cabang Kompetensi Kecerdasan Emosi Mayer & Salovery

 

Pengenapastian Kecerdasan Emosi
  


Model Empat Cabang Kompetensi Kecerdasan Emosi Mayer & Salovery

 

 

Rubrik Kompetensi Kecerdasan Emosi

Cabang Literasi Emosi
Kompetensi Kecerdasan Emosi
1. Persepsi dan Ekspresi
    Emosi
Keupayaan mengenal pasti dan menunjukkan dengan ekspresi yang tepat
2. Penggunaan Emosi
Keupayaan menggunakan emosi secara membina dalam proses membuat keputusan yang wajar.
3. Pemahan Emosi
Keupayaan memahami maksud yang sebenar terhadap pelbagai emosi di dalam situasi yang nyata, agar boleh menggunakannya untuk membina komunikasi berkesan dalam interaksi sosial.
4. Pengurusan Emosi
Keupayaan mengurus emosi supaya literasi emosi daripada aspek personal dan sosial dapat dipertingkatkan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kepentingan EQ:

 

Mengikut Howard Gardner, potensi manusia mempunyai lapan kecerdasan seperti berikut:

 

 

            

 

Antara lapan jenis kecerdasan yang dikenal pasti oleh Howard Gardner, kecerdasan interpersonal dan kecerdasan intrapersonal adalah jenis kecerdasan yang berkaitan dengan kecerdasan emosi.

 

·         Kecerdasan interpersonal merupakan kecerdasan interaksi sosial termasuk kerjasama, kepandaian memimpin serta berkomunikasi dengan berkesan.

 

·         Kecerdasan intrapersonal ialah ilmu pengetahuan dan kefahaman seseorang terhadap agama, refleksi kendiri, dan mendisiplinkan diri serta kesedaran terhadap perasaan diri.

Kepentingan Kecerdasan Emosi Murid

 

1. Memahami Emosi diri sendiri

·         Kemajuan mengenal pasti dan menamaka emosi sendiri

·         Lebih berupaya memahami sebab-sebab yang membangkitkan perasaan

·         Dapat mengenal pasti perbezaan  di antara perasaan dan tindakan rasional

 

2. Mengurus Emosi

·         Toleransi

·         Masalag disiplin bilik darjah akan dapat dikurangkan

·         Menunjukkan perasaan marah dengan cara berpatutan tanpa berlawan

·         Tingkah laku distruktif dan agresif dapat dikurangkan

·         Peningkatan  perasaan positif terhadap diri, sekolah dan keluarga

·         Mengurus tekanan secara berkesan

·         Kerungsingan sosial dan kesepian dikurangkan

3. Memanfaatkan emosi

·         Murid menjadi lebih bertanggungjawab

·         Berupaya menumpukan perhatian dengan lebih teliti t4erhadap tugasan masing-masing

·         Tindak balas yang lebihg rasional dan berdaya

·         Mengawal diri secara lebih berkesan

4. Empati – Membaca Emosi

·         Peningkatan keupayaan memahami perasaan orang lain

·         Peningkatan empati dan sifat sensitif terhadap perasaan orang lain

·         Sedia dan cekap mendengar kata orang lain

5. Mengurus hubungan

·         Kebolehan bertambah dalam daya menganalisis dan memahami hubbungan antara orang.

·         Dapat menyelesaikan konflik dan merunding perselisihan dengan lebih berkesan

·         Dapat menyelesaikan masalah hubungan dengan cara yang lebih baik

·         Asertif yang berlebihan dan mahir dalam komunikasi

·         Disanjungi lebih ramai orang

·         Dapat berinteraksi dengan rakannya secara lebih mesra

·         Timbangrasanya dipertingkatkan

·         Peningkatan dalam bekerjasama, pertolongan dan perkongsian

·         Dapat berinteraksi secara lebih demokratik dengan orang lain.

 

Cara Guru Membantu Murid Mengurus Emosi Diri:

1. Amalkan Sikap Kepimpinan Demokratik

·         Mewujudkan interaksi dua hala

o   Suasana sosioemosi yang sihat, mesra dan harmonis

·         Mengurangkan suasana yang tegang

o   Menggalakkan murid-murid  rapat dengan guru

o   Tidak segan untuk bertanya atau mengemukakan pendapat

·         Mendorong murid-murid berinteraksi di antara satu sama lain dan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kumpulan

2. Mengelolakan Banyak Aktiviti Kumpulan

·         Memberi banyak peluang berinteraksi

·         Contoh aktiviti:

o   Pengayaan

o   Pemulihan

o   Lakonan

o   Sesi buzz

o   Permainan

o   Pertandingan

o   Kerja projek

 

 

3. Menggunakan Teknik Menyoal

·         Untuk mendapatkan tindak balas murid

·         Mencungkil pendapat murid

·         Murid-murid dibimbing dan digalakkan menjawab soalan

·         Penglibatan murid dalam pembelajaran adalah secara aktifi

·         Interaksi dua hala yang sihat  berlaku

4. Menggunakan Percakapan yang sesuai

·         Percakapan guru menjadi pengaruh tidak langsung

·         Mewujudkan interaksi dua hala

·         Menggalakkan murid mengemukakan pendapat/memberi tindak balas

o   Teknik memuji

o   Menerima pendapat murid-murid dengan hati terbuka

5. Menggunakan Strategi Berpusatkan Murid

·         Mewujudkan pembelajaran aktif

·         meminimumkan kaedah menerang, syarahan, demonstrasi guru

·         Memaksimumkan kaedah perbincangan dan kaedah penyelesaian masalah

·         Wewujudkan interaksi secara langsung antara murid

6. Menggunakan Banyak Alat Bantu Mengajar

·         Menarik perhatian murid dan menimbulkan minat untuk belajar

·         Murid yang berminat akan  berusaha melibatkan diri dalam pembelajaran yang  aktif

·         ABM yang sesuai berfungsi sebagai media antara guru dan murid untuk membentuk interaksi

7. Mewujudkan Suasana Interaksi yang Kondusif dalam Bilik Darjah

·         Suasana interaksi yang kondusif

o   Menyusun keadaan fizikal- tempat duduk murid berkumpulan

8. Mambantu Murid Bermasalah

·         Terdapat murid yang bermasalah peribadi seperti:

o   Pendiam

o   Penakut

o   Pemalu

·         Guru harus mengadakan sesi kaunseling

·         Menggalakkan penyertaan/penglibatan mereka dalam aktiviti pembelajaran bersama murid normal yang lain

·         Mendorong murid normal menerima murid-murid bermasalah

·         Tindakan guru ini akan meningkatkan penglibatan lebih ramai murid berinteraksi

 

9. Mengajar dengan sikap penyayang

·         Bertujuan merapatkan hubungan guru dengan murid-murid.

·         Murid-murid digalakkan bertanya soalan dan memberi pendapat

·         Mengemukakan masalah peribadi dengan harapan dapat diselesaikan oleh guru penyayang mereka

 

 

10. Gunakan Ganjaran  sebagai galakan dan motivasi pembelajaran

·         Elakkan hukuman dan gunakan bimbingan sewajarnya untuk murid masalah disiplin

o   Mengurangkan konflik antara guru dengan murid dalam sistem sosial sekolah