Topik 6:
Elemen-Elemen Yang Mencabar
Penghayatan Dan Amalan Nilai-nilai Murni
- ·
Elemen Dalam Sekolah
- ·
Elemen-elemen dalam Komuniti/Masyarakat Persekitaran
- ·
Elemen-elemen di peringkat Global
PENGENALAN
ö
Pendidikan
Moral adalah proses di mana sesuatu masyarakat mengajar ahli-ahlinya
standard-standard tingkah laku yang betul.
ö
Ia
memberi peluang kepada pelajar mengahayati nilai-nilai moral supaya dapat
mengenal, menerima, mengamal dan membuat keputusan yang bertanggungjawab
mengenai berbagai situasi dalam kehidupan serta tidak melanggar elemen-elemen
yang boleh mencabar nilai-nilai moral seperti mementingkan kebendaan,
berketerlaluan, tamakkan kuasa, tidak bertanggungjawab, jurang generasi dan
perbezaan kelas dan status.
6.1
MEMENTINGKAN KEBENDAAN
- Di dalam sesebuah negara yang sedang membangun seperti
negara kita, unsur kebendaan kerap ditekankan.
- Dengan berkembangnya sains dan teknologi, aspek kebendaan
lebih dititikberatkan berbanding dengan perkembangan rohani.
- Oleh itu, sikap kebendaan atau materialistik
anggota-anggota masyarakat juga semakin bertambah.
- Contohnya, seorang ayah yang bertugas sebagai seorang
guru mungkin banyak mengendalikan kelas-kelas bimbingan untuk menambahkan
pendapatannya.
- Di manakah masanya untuk bergaul serta berinteraksi
dengan anak-anaknya?
- Setelah selesai mengajar kelas-kelas bimbingan, dia akan
merasa letih serta kurang berupaya untuk melayani anak-anaknya dari segi sosio
emosi dan intelek.
- Seorang ibu yang bersikap materialistik pula sentiasa
merancang cara-cara menambahkan pendapatan dengan menjual insurans nyawa,
alat-alat solek, jualan langsung (direct selling) seperti Amway, CNI, Shaklee,
Coasway dan lain-lain, pelbagai jenis barangan kegunaan rumah dan sebagainya.
- Dalam keadaan ini, tentulah ibu tersebut tidak dapat
memberikan asuhan dan didikan sebaik-baiknya kepada anak-anaknya.
- Pengajaran nilai-nilai moral secara langsung memang tidak
dapat dilakukan oleh kedua-dua ibu bapa yang amat sibuk itu.
- Keluarga yang ibu bapanya sibuk memang tidak dapat
memupuk nilai kejiranan.
- Ini nyata dilihat di kalangan penghuni di kawasan
perumahan di mana sapa-menyapa jarang berlaku, masing-masing sibuk dengan
urusan sendiri.
- Unsur produktiviti ditekankan di firma, kilang dan
pejabat. Produktiviti yang tinggi membawa kepada pendapatan yang tinggi.
- Jika boleh setiap majikan cuba menggantikan tenaga buruh
dengan jentera tanpa memikirkan soal belas kasihan terhadap pekerja yang
diberhentikan.
- Pekedai runcit cuba memaksimumkan keuntungannya. Dia cuba
menggunakan beberapa penipuan seperti membekalkan barangan dengan timbangan
berat yang tidak mencukupi, mencampurkan gred beras yang kurang baik dengan
yang baik serta menyorokkan sesuatu barangan yang dijangka harganya akan naik
- Nyatalah pekedai itu tidak mempunyai sikap belas kasihan,
tidak bertimbang rasa serta tidak jujur. Dalam sebuah masyarakat kebendaan,
anggota-anggotanya bersaing untuk memiliki rumah yang lebih besar, jenis kereta
yang lebih besar dan lebih berjenama, dan kerap pergi melancong.
- Oleh itu, kita dapati terdapat kes-kes seperti doktor
yang mengenakan beribu-beribu ringgit setiap kali mengendalikan kelahiran bayi,
penguam yang menipu dan menyalahgunakan wang pelanggannya serta
pengurus-pengurus yang menyalahgunakan wang ahli-ahli koperasinya yang terdiri
di kalangan orang miskin-miskin, kerani-kerani bank, akauntan-akauntan bank dan
ahli-ahli politik menggelapkan wang dan sebagainya.
- Contoh-contoh ini menyatakan bahawa penekanan terhadap
kebendaan telah menyebabkan nilai moral dan keagamaan diketepikan.
6.2
SIKAP KETERLALUAN
- Dalam sesebuah masyarakat,
biasanya terdapat individu-individu yang berbeza dari segi fizikal, mental,
rohani dan sosio ekonomi
- Keseimbangan setiap aspek
tersebut mewujudkan individu yang hamonis serta bersopan
- Keterlaluan yang berlaku
dalam mana-mana satu aspek yang menanggu keseimbangan tersebut lalu menyebabkan
tingkah laku seseorang individu melanggar norma-norma masyarakat
- Kalau dikaji kes-kes jenayah
di akhbar-akhbar memanglah nyata bahawa setengah-setengah kes itu berlaku
kerana sifat keterlaluan.
- Cuba kita ambil conoh
seorang wanita yang telah dilaporkan kehilangan sebelah tangannya kerana
bergaduh dengan jirannya berpunca daripada seekor ikan “temenung”
- Jelas bahawa jiran yang
mencederakan wanita itu memang kehilangan akal lalu bertindak secara
keterlaluan.
- Segala unsur kemoralan tidak dipentingkan lagi apabila
emosi jiran itu tidak dapat dikawal.
- Begitu juga keadaannya
apabila seseorang itu bersikap keterlaluan ketika menghukum anaknya
kerana-satu-satu kesalahan.
- Dalam keadaan penuh emosi
marah, ibu atau bapa mungkin akan merotan anaknya sehingga menyebabkan keadaan
menjadi parah
- Ada bahagian yang bengkak
selama berminggu-minggu dan ada pula bahagian tubuh badan yang dibakar dengan
punting pkok.
- Nilai moral seperti belas
kasihan dan bertimbang rasa mungkin telah dulupakan apabila siibu atau siayah
berada dalam keadaan marah.
- Sifat keterlaluan boleh juga
menyebabkan seseorang perkerja itu mengabaikan tanggungjawab terhadap rumahtangganya.
- Miasalnya, seseorang yang
terus bekerja dan hanya mementingkan produktiviti dirmanya kerap kali balik
lewat ke rumahnya. Setiba sahaja di rumah dia berasa letih lesu.
- Lantaran itu, dia kurang
berupaya menunjukkan kasih sayangnya serta perhatiannya terhadap anak-anak
serta isteri.
- Dalam masyarakat yang
materialistik seperti Jepun, sikap keterlaluan seperti lebih mementingkan firma
daripada keluarga telah mencabar nilai0nilai murni seperti kasih saying dan
bertimbang rasa. Ini pula akan meningkatkan lagi bilangan keretakan keluarga.
- Seseorang ayah atau ibu yang
terlalu saying kepada anaknya akan memberikan anaknya seberapa banyak wang yang
dikehendaki semasa ke sekolah.
- Kajian telah menunjukkan
bahawa kanak-kanak yang mempunyai wang saku yang banyak cenderung untuk
menghabiskan masanya di pusat-pusat membeli-belah, hiburan dan disko.
Pelajar-pelajar seperti ini lebih terdedah kepada nilai-nilai yang bertentangan
dengan norma-norma masyarakat seperti membazir dan tidak menggunakan masa
dengan bijak. Ada pula yang menyalahgunakan dadah. Dalam kes seperti ini,
jelaskan bahawa sikap ayah dan ibu yang keterlaluan, iaitu terlalu kasih saying
kepada anak mereka telah menyebabkan kerunuhan akhlak anak mereka sendiri.
Daripada contoh-contoh di atas telah menunjukkan kepada kita bawaha sifat
keterlaluan di dalam satu-satu situasi boleh mencabar nilai-nilai moral
seseorang itu.
6.3
TAMAK KUASA
- Kuasa digunakan apabila A
mengambil sesuatu keputusan yang membawa kesan kepada B, dan dihalang
daripada mengambil apa-apa tindakan yang boleh menggugat keputusan A.
- Dalam bidang politik kuasa
diberi oleh rakyat kepada pemimpinnya melalui pilihanraya untuk mentadbir.
Biasanya kuasa yang ada pada pemimpin digunakan dengan baik untuk kepentingan
rakyat jelata. Kebanyakan pemimpin menggunakan kuasa yang diberikan kepada mereka
secara adil untuk membangunkan negara.
- Salah guna kuasa berlaku
apabila orang yang berkuasa bercita-cita tinggi, pendendam, tamak atau
merasakan pengaruhnya berkurangan.
- Untuk menjamin ia dapat
terusa kekal sebagai pemimpin ia akan mengeksploitasi orang lain dengan
menggunakan segala kuasa yang masih ada padanya dengan berbagai cara. Untuk
tujuan ini seseorang pemimpin yang tamakkan kuasa sanggup membelakangkan
nilai-nilai moral, agama atau undang-undang yang ada.
- Ia akan menggunakan kuasanya
untuk memaksa, mengancam orang-orang bawahan supaya terus patuh kepadanya.
- Walaubagaimanapun daripada
pengalaman sejarah, pemimpin yang tamak kuasa dan memerintah secara kuku besi
tidak kekal lama dan akan disingkirkan.
- Sikap tamakkan kuasa di
kalangan pemimpin-pemimpin negara telahmendatangkan berbagai penderitaan kepada
rakyat.
- Peperangan Dunia dan
peperangan antara negara-negara berlaku akibat daripada sikap pemimpin negara
yang tamakkan kuasa. Orang-orang yang berkuasa dalam politik, pertubuhan,
persatuaan, syarikat atau institusi juga kadang-kadang tamakkan kuasa. Oleh
kerana kuasa memberikannya status, kekayaan dan kedudukan yang istimewa
berbanding rakyat atau ahli biasa, mereka ingin terus memilikinya.
- Oleh yang demikian tidak
hairanlah jika terdapat perbuatan fitnah menfitnah atau memburuk-burukkan
antara satu sama lain berlaku. Dalam kes yang serius perbuatan mencedera atau
membunuh kerap dilakukan oleh orang yang berkuasa demi mempertahankan kuasa
yang dimilikinya.
- Perebutan kuasa kerap
berlaku antara pemimpin politik negara. Kadang-kadang perbuatan yang melanggar
nilai moral dan ajaran agama di atas bukan sahaja dilakukan oleh pemimpin atau
orang yang berkuasa demi mengekalkan kedudukannya sebagai ketua, mereka yang
belum berkuasa dan ingin berkuasa juga sanggup melakukan jenayah untuk
mendapatkan kuasa. Daripada contoh-contoh di atas, nyata orang yang tamakkan
kuasa tidak mengambil kira kebajikan dan kebaikan orang lain.
- Kebanyakan mereka
membelakangkan nilai-nilai moral atau ajaran agama semata-mata untuk menjaga
temolok diri sendiri.
- Mereka sanggup menggunakan
apa saja cara dan menghalalkan apa saja cara hatta sampai kepada mencederakan
dan membunuh sekalipun, asalkan matlamat mereka tercapai.
6.4 TIDAK BERTANGGUNGJAWAB
- Dalam kehidupan kita
sehari-hari, kita dapati pelbagai situasi yang menonjolkan sikap tidak
bertanggungjawab. Telefon awam yang dicabut gagangnya serta membuang sampah
sarap merata-rata tempat jelas menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab.
- Amalan-amalan seperti ini
juga dikaitkan dengan kegiatan pelajar-pelajar yang bertingkah laku anti
sosial. Di samping amalan tersebut, pelajar juga didapati menconteng dan
menulis tidak tentu arah di atas meja dan kerusi mereka.
- Lakaran-lakaran lucah,
mengutuk, mengeji, menghina dan mengata guru dan pensyarah kadangkala terdapat
di dinding-dinding tandas. Kertas pembalut coklat, gula-gula dan keropok
sentiasa terdapat di bahagian bawah meja mereka.
- Pelbagai garisan didapati di
permukaan meja dan kerusi mereka. Sesetengah pelajar tidak berusaha untuk memadamkan
lampu dan kipas apabila bertukar kelas atau keluar daripada kelas.
- Air paip di tandas dan di
bilik air kadang kala sengaja tidak ditutup selepas digunakan.
- Amalan seperti ini adalah
tidak bertanggungjawab dan membazirkan api dan air.
- Ada pula pelajar yang
meludah di merata-rata tempat atau mengesat hingus merka di penjuru-penjuru
atau dinding-dinding bilik kuliah
- Satu amalan yang juga tidak
bertanggungjawab dan kerap berlaku kepada pelajar ialah cara di atas kerusi
- Mereka gemar duduk secara
menonggengkan kaki kerusi menyebabkan kaki kerusi mudah rosak.
- Kerja-kerja kursus yang
disuruh oleh pensyarah adakalanya tidak dibuat atau disiapkan dengan sempurna.
Sesetengah pelajar gemar menghabiskan masa di kompleks-kompleks membeli belah
seperti Jaya Jusco, Parkson Grand dan Ipoh Parade daripada menghadiri kelas dan
kuliah, dan masalah ini jugalah yang menyebabkan mereka tidak membuat dan
menyiapkan kerja kursus yang telah diberikan dengan sempurna.
6.5 PERBEZAAN KELAS DAN STATUS
- Dalam
sesebuah negara yang sedang membangun, tidak dapat dinafikan bahawa ada
golongan individu yang memperoleh pendapatan yang lebih berbanding dengan
golongan yang lain
- Pendapatan
yang diperoleh sebenarnya bergantung pada jenis aktiviti ekonomi yang
dikendalikan.
- Lazimnya,
para peniaga dan pengarah pengurusan tergolong dalam kumpulan berpendapatan
tinggi.
- Ahli-ahli
professional seperti doktor, penguam, arkitek dan akuantan yang mengendalikan
firma-firma sendiri juga tergolong dalam kumpulan ini.
- Sebaliknya,
pekerja-pekerja biasa di pejabat dan operator di kilang ataupun penjaja kecil
digolongkan sebagai kumpulan individu yang berpendapatan rendah.
- Dengan
ini jelaslah terdapat perbezaan kelas yang wujud antara kumpulan berpendapatan
tinggi dan kumpulan yang berpendapatan rendah.
- Lazimnya,
individu yang berpendapatan tinggi berupaya memakai kereta mewah, duduk di
kawasan perumahan yang eksklusif dan
memakai pakaian yang berjenama dan mahal.
- Kesemua
ciri ini dikaitan dengan status yang tinggi. Dengan itu, teranglah bahawa
individu yang berpendapatan tinggi juga berstatus tinggi. Dalam kehidupan
seharianm perbezaan kelas atau status sentiasa ditonjolkan sama ada secara
langsung atau tidak langsung. Keadaan seperti ini kurang sihat dan ia boleh
menjejaskan perpaduan satu-satu komuniti atau masyarakat. Kerajaan telah
mengambil langkah untuk mengatasi masalah perbezaan kelas. Langkah-langkah
membasmi kemiskinan dibahagikan kepada dua kategori berikut:
- Kemiskinan
di luar bandar
- Kemiskinan
di bandar
- Langkah
kerajaan untuk mengurangkan kemiskinan di luar bandar menitikberatkan petani,
pekebun kecil getah dan kelapa, nelayan, buruh ladang, penduduk kampong baru
dan buruh kasar.
- Usaha-usaha
ini dilaksanakan oleh beberapa buah badan berkanun seperti RISDA, FELDA, MADA
FELCRA dan KADA.
- Selain
badan-badan kanun tersebut, Gerakan Koperasi juga menyediakan bantuan.
- Langkah-langkah
bantuan ialah pembukaan, penerokaan dan pembangunan tanah-tanah baru, bantuan
alat pertanian, khidmat nasihat, subsidi benih dan baja, kemudahan kredit,
pemasaran dan pembukaan pusat-pusat kemajuan yang baru. Objektif utama ialah
untuk menambahkan pendapatan rakyat. Strategi untuk mengurangkan kemiskinan di
bandar ditumpukan pada perkembangan guna tenaga yang produktif. Kerajaan
melaksanakan dasar-dasar yang lebih meluas berhubung dengan peluang-peluang
pekerjaan serta memperbaiki untuk memperolehi kemudahan awam yang asas untuk
mempertingkatkan taraf hidup. Melalui langkah-langkah tersebut, perbezaan kelas
dan status sememangnya akan dapat dikurangkan. Apabila keadaan tersebut
dicapai, perpaduan rakyat negara kita akan terus terjamin.
6.6 JURANG GENERASI
(GENERATION GAP)
- Dalam sesebuah masyarakat
yang serba moden, anak-anak muda mudah dipengaruhi oleh pelbagai fesyen pakaian
dan rambut, muzik, gaya perjalanan dan sebagainya.
- Oleh kerana
pengaruh-pengaruh seperti ini, maka timbullah jurang generasi di antara
ana-anak dengan ibu bapa.
- Tahukah anda apakah jurang
generasi? Biasanya jurang generasi merujuk kepada perbezaan pandangan dan idea
yang wujud di antara generasi muda dengan generasi tua.
- Sebagai contoh, seorang anak
gemar memakai seluar yang berfesyen “baggy” atau “bokat”.
- Menurut ayahnya, pakaian
seperti itu tidak sesuai kerana seluar itu terlalu besar kakinya.
- Dengan itu, perselisihan
faham akan timbul di antara ayah dengan anaknya.
- Dalam satu contoh yang lain,
seorang anak mungkin ingin mengikut fesyen rambut rakan-rakannya ataupun rambut
kumpulan popular yang digemari seperti berambut panjang ala penyanyi rock.
- Ayahnya tidak gemar dan
meminta dia menggunting rambut agar panjangnya tidak melebihi kolar baju.
- Tambahan lagi, mungkin si
ayah ingin mendengar muzik yang perlahan atau jenis instrumental dan lagu lama
seperti dedangan Saloma dan S.M Salim tetapi si anak lebih meminati lagu
berunsur “pop” dan “rock” seperti Siti Nurhaliza dan Awie.
- Begitu juga dengan program
televisyen. Si ayah mungkin lebih meminati program seperti Berita Dunia Jam 10
tetapi si anak mungkin lebih gemar menonton filem-filem Inggeris.
- Contoh-contoh di atas memang
menunjukkan situasi-situasi di mana perselisihan faham mudah timbul di antara
ibu bapa dengan anak-anaknya.
- Ia timbul kerana jurang
generasi yang wujud itu.
- Sekiranya langkah tidak
diambil untuk mengatasi masalah ini, maka timbullah situasi di mana anak tidak
ingin balik ke rumah lagi.
- Mereka lebih gemar
berfoya-foya di pusat membeli-belah dan pusat-pusat hiburan.
- Dengan itu, ibu bapa
haruslah berusaha untuk mengatasi jurang generasi jika ia wujud.
- Ia dapat dilakukan dengan
cara-cara berikut:
- Menerangkan
kepada anak apa yang dikatakan tidak sesuai sama ada pakaian, fesyen rambut
atau jenis lagu yang dipilih itu.
- Cuba
timbulkan kesedaran tentang nilai-nilai dan norma-norma masyarakat kita.
- Tingkatkan
lagi pengetahuan agama dan pegangan moralnya.
- Ambil
tahu jenis rakan yang didampinginya.
- Izinkan
keperluan dan permintaannya yang berpatutan seperti keinginan untuk menghadiri
majlis keraian.
- Libatkan
diri dalam permainan yang digemari anak-anak seperti permainan catur, monopoli,
badminton, bola sepak dan sebagainya. Ini akan merapatkan hubungan diantara
ayah dengan anak-anak.
- Sekiranya usaha-usaha yang sesuai diambil oleh orang
dewasa yang lain, maka jurang generasi akan dapat dirapatkan. Perhubungan
ibu-bapa dengan anak yang mesra akan mewujudkan suasana keluarga yang lebih
harmonis. Lantaran itu masalah-masalah antisosial akan dapat dikurangkan
Disusun semula oleh:
Puan S. Allimalai
Penyelaras ELM3043E