Monday 1 September 2014

Elemen-Elemen Yang Mencabar Penghayatan Dan Amalan Nilai-nilai Murni



Topik 6:
Elemen-Elemen Yang Mencabar Penghayatan Dan Amalan Nilai-nilai Murni

  • ·         Elemen Dalam Sekolah
  • ·         Elemen-elemen dalam Komuniti/Masyarakat Persekitaran
  • ·         Elemen-elemen di peringkat Global


PENGENALAN
ö       Pendidikan Moral adalah proses di mana sesuatu masyarakat mengajar ahli-ahlinya standard-standard tingkah laku yang betul.
ö       Ia memberi peluang kepada pelajar mengahayati nilai-nilai moral supaya dapat mengenal, menerima, mengamal dan membuat keputusan yang bertanggungjawab mengenai berbagai situasi dalam kehidupan serta tidak melanggar elemen-elemen yang boleh mencabar nilai-nilai moral seperti mementingkan kebendaan, berketerlaluan, tamakkan kuasa, tidak bertanggungjawab, jurang generasi dan perbezaan kelas dan status.
6.1  MEMENTINGKAN  KEBENDAAN

  • Di dalam sesebuah negara yang sedang membangun seperti negara kita, unsur kebendaan kerap ditekankan.
  • Dengan berkembangnya sains dan teknologi, aspek kebendaan lebih dititikberatkan berbanding dengan perkembangan rohani.
  • Oleh itu, sikap kebendaan atau materialistik anggota-anggota masyarakat juga semakin bertambah.
  • Contohnya, seorang ayah yang bertugas sebagai seorang guru mungkin banyak mengendalikan kelas-kelas bimbingan untuk menambahkan pendapatannya.
  • Di manakah masanya untuk bergaul serta berinteraksi dengan anak-anaknya?
  • Setelah selesai mengajar kelas-kelas bimbingan, dia akan merasa letih serta kurang berupaya untuk melayani anak-anaknya dari segi sosio emosi dan intelek.
  • Seorang ibu yang bersikap materialistik pula sentiasa merancang cara-cara menambahkan pendapatan dengan menjual insurans nyawa, alat-alat solek, jualan langsung (direct selling) seperti Amway, CNI, Shaklee, Coasway dan lain-lain, pelbagai jenis barangan kegunaan rumah dan sebagainya.
  • Dalam keadaan ini, tentulah ibu tersebut tidak dapat memberikan asuhan dan didikan sebaik-baiknya kepada anak-anaknya.

  • Pengajaran nilai-nilai moral secara langsung memang tidak dapat dilakukan oleh kedua-dua ibu bapa yang amat sibuk itu.
  • Keluarga yang ibu bapanya sibuk memang tidak dapat memupuk nilai kejiranan.
  • Ini nyata dilihat di kalangan penghuni di kawasan perumahan di mana sapa-menyapa jarang berlaku, masing-masing sibuk dengan urusan sendiri.
  • Unsur produktiviti ditekankan di firma, kilang dan pejabat. Produktiviti yang tinggi membawa kepada pendapatan yang tinggi.
  • Jika boleh setiap majikan cuba menggantikan tenaga buruh dengan jentera tanpa memikirkan soal belas kasihan terhadap pekerja yang diberhentikan.
  •  Pekedai runcit cuba memaksimumkan keuntungannya. Dia cuba menggunakan beberapa penipuan seperti membekalkan barangan dengan timbangan berat yang tidak mencukupi, mencampurkan gred beras yang kurang baik dengan yang baik serta menyorokkan sesuatu barangan yang dijangka harganya akan naik
  • Nyatalah pekedai itu tidak mempunyai sikap belas kasihan, tidak bertimbang rasa serta tidak jujur. Dalam sebuah masyarakat kebendaan, anggota-anggotanya bersaing untuk memiliki rumah yang lebih besar, jenis kereta yang lebih besar dan lebih berjenama, dan kerap pergi melancong.
  • Oleh itu, kita dapati terdapat kes-kes seperti doktor yang mengenakan beribu-beribu ringgit setiap kali mengendalikan kelahiran bayi, penguam yang menipu dan menyalahgunakan wang pelanggannya serta pengurus-pengurus yang menyalahgunakan wang ahli-ahli koperasinya yang terdiri di kalangan orang miskin-miskin, kerani-kerani bank, akauntan-akauntan bank dan ahli-ahli politik menggelapkan wang dan sebagainya.
  • Contoh-contoh ini menyatakan bahawa penekanan terhadap kebendaan telah menyebabkan nilai moral dan keagamaan diketepikan.


6.2 SIKAP KETERLALUAN
    • Dalam sesebuah masyarakat, biasanya terdapat individu-individu yang berbeza dari segi fizikal, mental, rohani dan sosio ekonomi
    • Keseimbangan setiap aspek tersebut mewujudkan individu yang hamonis serta bersopan
    • Keterlaluan yang berlaku dalam mana-mana satu aspek yang menanggu keseimbangan tersebut lalu menyebabkan tingkah laku seseorang individu melanggar norma-norma masyarakat
    • Kalau dikaji kes-kes jenayah di akhbar-akhbar memanglah nyata bahawa setengah-setengah kes itu berlaku kerana sifat keterlaluan.
    • Cuba kita ambil conoh seorang wanita yang telah dilaporkan kehilangan sebelah tangannya kerana bergaduh dengan jirannya berpunca daripada seekor ikan “temenung”
    •  Jelas bahawa jiran yang mencederakan wanita itu memang kehilangan akal lalu bertindak secara keterlaluan.
    • Segala unsur  kemoralan tidak dipentingkan lagi apabila emosi jiran itu tidak dapat dikawal.
    • Begitu juga keadaannya apabila seseorang itu bersikap keterlaluan ketika menghukum anaknya kerana-satu-satu kesalahan.
    • Dalam keadaan penuh emosi marah, ibu atau bapa mungkin akan merotan anaknya sehingga menyebabkan keadaan menjadi parah
    • Ada bahagian yang bengkak selama berminggu-minggu dan ada pula bahagian tubuh badan yang dibakar dengan punting pkok.
    • Nilai moral seperti belas kasihan dan bertimbang rasa mungkin telah dulupakan apabila siibu atau siayah berada dalam keadaan marah.
    • Sifat keterlaluan boleh juga menyebabkan seseorang perkerja itu mengabaikan tanggungjawab terhadap rumahtangganya.
    • Miasalnya, seseorang yang terus bekerja dan hanya mementingkan produktiviti dirmanya kerap kali balik lewat ke rumahnya. Setiba sahaja di rumah dia berasa letih lesu.
    • Lantaran itu, dia kurang berupaya menunjukkan kasih sayangnya serta perhatiannya terhadap anak-anak serta isteri.
    • Dalam masyarakat yang materialistik seperti Jepun, sikap keterlaluan seperti lebih mementingkan firma daripada keluarga telah mencabar nilai0nilai murni seperti kasih saying dan bertimbang rasa. Ini pula akan meningkatkan lagi bilangan keretakan keluarga.
    • Seseorang ayah atau ibu yang terlalu saying kepada anaknya akan memberikan anaknya seberapa banyak wang yang dikehendaki semasa ke sekolah.
    • Kajian telah menunjukkan bahawa kanak-kanak yang mempunyai wang saku yang banyak cenderung untuk menghabiskan masanya di pusat-pusat membeli-belah, hiburan dan disko. Pelajar-pelajar seperti ini lebih terdedah kepada nilai-nilai yang bertentangan dengan norma-norma masyarakat seperti membazir dan tidak menggunakan masa dengan bijak. Ada pula yang menyalahgunakan dadah. Dalam kes seperti ini, jelaskan bahawa sikap ayah dan ibu yang keterlaluan, iaitu terlalu kasih saying kepada anak mereka telah menyebabkan kerunuhan akhlak anak mereka sendiri. Daripada contoh-contoh di atas telah menunjukkan kepada kita bawaha sifat keterlaluan di dalam satu-satu situasi boleh mencabar nilai-nilai moral seseorang itu.
6.3 TAMAK KUASA
    • Kuasa digunakan apabila A mengambil sesuatu keputusan yang membawa kesan kepada B, dan dihalang daripada mengambil apa-apa tindakan yang boleh menggugat keputusan A.
    • Dalam bidang politik kuasa diberi oleh rakyat kepada pemimpinnya melalui pilihanraya untuk mentadbir. Biasanya kuasa yang ada pada pemimpin digunakan dengan baik untuk kepentingan rakyat jelata. Kebanyakan pemimpin menggunakan kuasa yang diberikan kepada mereka secara adil untuk membangunkan negara.
    • Salah guna kuasa berlaku apabila orang yang berkuasa bercita-cita tinggi, pendendam, tamak atau merasakan pengaruhnya berkurangan.
    • Untuk menjamin ia dapat terusa kekal sebagai pemimpin ia akan mengeksploitasi orang lain dengan menggunakan segala kuasa yang masih ada padanya dengan berbagai cara. Untuk tujuan ini seseorang pemimpin yang tamakkan kuasa sanggup membelakangkan nilai-nilai moral, agama atau undang-undang yang ada.
    • Ia akan menggunakan kuasanya untuk memaksa, mengancam orang-orang bawahan supaya terus patuh kepadanya.
    • Walaubagaimanapun daripada pengalaman sejarah, pemimpin yang tamak kuasa dan memerintah secara kuku besi tidak kekal lama dan akan disingkirkan.
    • Sikap tamakkan kuasa di kalangan pemimpin-pemimpin negara telahmendatangkan berbagai penderitaan kepada rakyat.
    • Peperangan Dunia dan peperangan antara negara-negara berlaku akibat daripada sikap pemimpin negara yang tamakkan kuasa. Orang-orang yang berkuasa dalam politik, pertubuhan, persatuaan, syarikat atau institusi juga kadang-kadang tamakkan kuasa. Oleh kerana kuasa memberikannya status, kekayaan dan kedudukan yang istimewa berbanding rakyat atau ahli biasa, mereka ingin terus memilikinya.
    • Oleh yang demikian tidak hairanlah jika terdapat perbuatan fitnah menfitnah atau memburuk-burukkan antara satu sama lain berlaku. Dalam kes yang serius perbuatan mencedera atau membunuh kerap dilakukan oleh orang yang berkuasa demi mempertahankan kuasa yang dimilikinya.
    • Perebutan kuasa kerap berlaku antara pemimpin politik negara. Kadang-kadang perbuatan yang melanggar nilai moral dan ajaran agama di atas bukan sahaja dilakukan oleh pemimpin atau orang yang berkuasa demi mengekalkan kedudukannya sebagai ketua, mereka yang belum berkuasa dan ingin berkuasa juga sanggup melakukan jenayah untuk mendapatkan kuasa. Daripada contoh-contoh di atas, nyata orang yang tamakkan kuasa tidak mengambil kira kebajikan dan kebaikan orang lain.
    • Kebanyakan mereka membelakangkan nilai-nilai moral atau ajaran agama semata-mata untuk menjaga temolok diri sendiri.
    • Mereka sanggup menggunakan apa saja cara dan menghalalkan apa saja cara hatta sampai kepada mencederakan dan membunuh sekalipun, asalkan matlamat mereka tercapai.
6.4 TIDAK BERTANGGUNGJAWAB
    •  Dalam kehidupan kita sehari-hari, kita dapati pelbagai situasi yang menonjolkan sikap tidak bertanggungjawab. Telefon awam yang dicabut gagangnya serta membuang sampah sarap merata-rata tempat jelas menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab.
    • Amalan-amalan seperti ini juga dikaitkan dengan kegiatan pelajar-pelajar yang bertingkah laku anti sosial. Di samping amalan tersebut, pelajar juga didapati menconteng dan menulis tidak tentu arah di atas meja dan kerusi mereka.
    •  Lakaran-lakaran lucah, mengutuk, mengeji, menghina dan mengata guru dan pensyarah kadangkala terdapat di dinding-dinding tandas. Kertas pembalut coklat, gula-gula dan keropok sentiasa terdapat di bahagian bawah meja mereka.
    •  Pelbagai garisan didapati di permukaan meja dan kerusi mereka. Sesetengah pelajar tidak berusaha untuk memadamkan lampu dan kipas apabila bertukar kelas atau keluar daripada kelas.
    • Air paip di tandas dan di bilik air kadang kala sengaja tidak ditutup selepas digunakan.
    • Amalan seperti ini adalah tidak bertanggungjawab dan membazirkan api dan air.
    • Ada pula pelajar yang meludah di merata-rata tempat atau mengesat hingus merka di penjuru-penjuru atau dinding-dinding bilik kuliah
    • Satu amalan yang juga tidak bertanggungjawab dan kerap berlaku kepada pelajar ialah cara di atas kerusi
    • Mereka gemar duduk secara menonggengkan kaki kerusi menyebabkan kaki kerusi mudah rosak.
    • Kerja-kerja kursus yang disuruh oleh pensyarah adakalanya tidak dibuat atau disiapkan dengan sempurna. Sesetengah pelajar gemar menghabiskan masa di kompleks-kompleks membeli belah seperti Jaya Jusco, Parkson Grand dan Ipoh Parade daripada menghadiri kelas dan kuliah, dan masalah ini jugalah yang menyebabkan mereka tidak membuat dan menyiapkan kerja kursus yang telah diberikan dengan sempurna.

6.5 PERBEZAAN KELAS DAN STATUS
  • Dalam sesebuah negara yang sedang membangun, tidak dapat dinafikan bahawa ada golongan individu yang memperoleh pendapatan yang lebih berbanding dengan golongan yang lain
  • Pendapatan yang diperoleh sebenarnya bergantung pada jenis aktiviti ekonomi yang dikendalikan.
  • Lazimnya, para peniaga dan pengarah pengurusan tergolong dalam kumpulan berpendapatan tinggi.
  • Ahli-ahli professional seperti doktor, penguam, arkitek dan akuantan yang mengendalikan firma-firma sendiri juga tergolong dalam kumpulan ini.
  • Sebaliknya, pekerja-pekerja biasa di pejabat dan operator di kilang ataupun penjaja kecil digolongkan sebagai kumpulan individu yang berpendapatan rendah.
  • Dengan ini jelaslah terdapat perbezaan kelas yang wujud antara kumpulan berpendapatan tinggi dan kumpulan yang berpendapatan rendah.
  • Lazimnya, individu yang berpendapatan tinggi berupaya memakai kereta mewah, duduk di kawasan perumahan yang eksklusif  dan memakai pakaian yang berjenama dan mahal.
  • Kesemua ciri ini dikaitan dengan status yang tinggi. Dengan itu, teranglah bahawa individu yang berpendapatan tinggi juga berstatus tinggi. Dalam kehidupan seharianm perbezaan kelas atau status sentiasa ditonjolkan sama ada secara langsung atau tidak langsung. Keadaan seperti ini kurang sihat dan ia boleh menjejaskan perpaduan satu-satu komuniti atau masyarakat. Kerajaan telah mengambil langkah untuk mengatasi masalah perbezaan kelas. Langkah-langkah membasmi kemiskinan dibahagikan kepada dua kategori berikut:
    •  Kemiskinan di luar bandar
    •  Kemiskinan di bandar
  • Langkah kerajaan untuk mengurangkan kemiskinan di luar bandar menitikberatkan petani, pekebun kecil getah dan kelapa, nelayan, buruh ladang, penduduk kampong baru dan buruh kasar.   
  • Usaha-usaha ini dilaksanakan oleh beberapa buah badan berkanun seperti RISDA, FELDA, MADA FELCRA dan KADA.
  • Selain badan-badan kanun tersebut, Gerakan Koperasi juga menyediakan bantuan.
  • Langkah-langkah bantuan ialah pembukaan, penerokaan dan pembangunan tanah-tanah baru, bantuan alat pertanian, khidmat nasihat, subsidi benih dan baja, kemudahan kredit, pemasaran dan pembukaan pusat-pusat kemajuan yang baru. Objektif utama ialah untuk menambahkan pendapatan rakyat. Strategi untuk mengurangkan kemiskinan di bandar ditumpukan pada perkembangan guna tenaga yang produktif. Kerajaan melaksanakan dasar-dasar yang lebih meluas berhubung dengan peluang-peluang pekerjaan serta memperbaiki untuk memperolehi kemudahan awam yang asas untuk mempertingkatkan taraf hidup. Melalui langkah-langkah tersebut, perbezaan kelas dan status sememangnya akan dapat dikurangkan. Apabila keadaan tersebut dicapai, perpaduan rakyat negara kita akan terus terjamin.




6.6 JURANG GENERASI (GENERATION GAP)
  • Dalam sesebuah masyarakat yang serba moden, anak-anak muda mudah dipengaruhi oleh pelbagai fesyen pakaian dan rambut, muzik, gaya perjalanan dan sebagainya.
  • Oleh kerana pengaruh-pengaruh seperti ini, maka timbullah jurang generasi di antara ana-anak dengan ibu bapa.
  • Tahukah anda apakah jurang generasi? Biasanya jurang generasi merujuk kepada perbezaan pandangan dan idea yang wujud di antara generasi muda dengan generasi tua.
  • Sebagai contoh, seorang anak gemar memakai seluar yang berfesyen “baggy” atau “bokat”.
  • Menurut ayahnya, pakaian seperti itu tidak sesuai kerana seluar itu terlalu besar kakinya.
  • Dengan itu, perselisihan faham akan timbul di antara ayah dengan anaknya.
  • Dalam satu contoh yang lain, seorang anak mungkin ingin mengikut fesyen rambut rakan-rakannya ataupun rambut kumpulan popular yang digemari seperti berambut panjang ala penyanyi rock.
  • Ayahnya tidak gemar dan meminta dia menggunting rambut agar panjangnya tidak melebihi kolar baju.
  • Tambahan lagi, mungkin si ayah ingin mendengar muzik yang perlahan atau jenis instrumental dan lagu lama seperti dedangan Saloma dan S.M Salim tetapi si anak lebih meminati lagu berunsur “pop” dan “rock” seperti Siti Nurhaliza dan Awie.
  • Begitu juga dengan program televisyen. Si ayah mungkin lebih meminati program seperti Berita Dunia Jam 10 tetapi si anak mungkin lebih gemar menonton filem-filem Inggeris.
  •  Contoh-contoh di atas memang menunjukkan situasi-situasi di mana perselisihan faham mudah timbul di antara ibu bapa dengan anak-anaknya.
  •  Ia timbul kerana jurang generasi yang wujud itu.
  •  Sekiranya langkah tidak diambil untuk mengatasi masalah ini, maka timbullah situasi di mana anak tidak ingin balik ke rumah lagi.
  • Mereka lebih gemar berfoya-foya di pusat membeli-belah dan pusat-pusat hiburan.
  • Dengan itu, ibu bapa haruslah berusaha untuk mengatasi jurang generasi jika ia wujud.
  • Ia dapat dilakukan dengan cara-cara berikut:
    •  Menerangkan kepada anak apa yang dikatakan tidak sesuai sama ada pakaian, fesyen rambut atau jenis lagu yang dipilih itu.
    •  Cuba timbulkan kesedaran tentang nilai-nilai dan norma-norma masyarakat kita.
    •  Tingkatkan lagi pengetahuan agama dan pegangan moralnya.
    •  Ambil tahu jenis rakan yang didampinginya.
    •  Izinkan keperluan dan permintaannya yang berpatutan seperti keinginan untuk menghadiri majlis keraian.
    •  Libatkan diri dalam permainan yang digemari anak-anak seperti permainan catur, monopoli, badminton, bola sepak dan sebagainya. Ini akan merapatkan hubungan diantara ayah dengan anak-anak.
  • Sekiranya  usaha-usaha yang sesuai diambil oleh orang dewasa yang lain, maka jurang generasi akan dapat dirapatkan. Perhubungan ibu-bapa dengan anak yang mesra akan mewujudkan suasana keluarga yang lebih harmonis. Lantaran itu masalah-masalah antisosial akan dapat dikurangkan
Disusun semula oleh:
Puan S. Allimalai
Penyelaras ELM3043E

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Puan, saya guru PPG dari IPSAH mohon mengambil bahan ini untuk pembentangan di dalam kelas.

    ReplyDelete