Tahap dan peringkat perkembangan individu berdasarkan Teori Perkembangan Moral Kognitif Piaget dan Teori Perkembangan Moral Kohlberg
http://treebuilder.blogspot.com/2010/11/tahap-dan-peringkat-perkembangan.html
Deontologi | ||||||||||||||||||||||
Pengenalan Deontologi berasal dari perkataan Yunani "deon" yang bermaksud "yang diharuskan atau diwajibkan". Teori ini menegaskan bahawa betul atau salahnya sesuatu tindakan itu tidak berdasarkan atau ditentukan oleh akibat-akibat tindakan tersebut. Seperti Teori Teleologikal, terdapat beberapa jenis Teori Deontologi iaitu Deontologi Tindak (Act) - Eksistensialisme (Etika Situasi) dan Deontologi Peraturan (Rule) - Prinsip Kewajipan. Deontologi selalu dikaitkan dengan Immanuel Kant, seorang ahli flasafah German (1724-1804) yang pernah mengajar di University of Konigsberg di bahagian barat Rusia. Kant percaya bahawa apa yang memberi nilai moral kepada sesuatu tindakan bukan akibatnya kerana akibat-akibat tindakan kita tidak sentiasa berada di bawah kawalan kita. Akan tetapi motif (niat) tindakan kita adalah di bawah kawalan kita dan, oleh itu, kita harus bertanggungjawab secara moral atas motif kita untuk membuat kebaikan atau keburukan.
Kelemahan dan Kekuatan Teori Kant
Kewajipan Prima Facie Sir William David Ross (1877-1940) bersetuju dengan kant bahawa kemoralan pada asasnya tidak patut berdasarkan akibat tindakan kita tetapi beliau tidak bersetuju dengan kemutlakan teori-teori Kant. Ross percaya bahawa terdapat kewajipan prima facie tertentu yang patut kita sentiasa patuhi kecuali apabila keadaan atau alasan yang serius memerlukan kita buat yang berlainan. Prima facie = ("at first glance" atau "on the surface of things") Kewajipan prima facie Ross termasuk mengatakan kebenaran, menunaikan janji, mengakui kebaikan yang dilakukan oleh orang lain terhadap kita, mengamalkan keadilan dan tidak mencederakan orang lain, dan lain-lain. Seperti Kant, Ross percaya terdapat peraturan yang patut dipatuhi oleh manusia kerana ini adalah obligasi manusia melakukannya. Eksistensialisme Jean Paul Satre adalah pelopor utama dalam eksistensialisme. Eksistensialisme melemahkan peraturan tradisional dan mutlak yang berfungsi sebagai panduan moral. Bagi eksistensialisme, kemoralan berasaskan andaian "kebebasan". Menurut Satre, jika individu mematuhi peraturan masyarakat secara buta tuli, dia mempunyai pandangan "mitologi" yang menjejaskan kebebasannya. Mitos ini mesti dihapuskan dari alam kemoralan. Tidak dapat dinafikan bahawa individu tidak dapat membuat apa-apa terhadap hakikat bahawa dia telah lahir, bagaimana dia lahir, dalam abad berapa dia lahir, ibu bapanya dan lain-lain, tetapi dia boleh menentukan bagaimana dia hendak hidup. Individu mesti bertanggungjawab terhadap pertimbangan dan tingkah laku moralnya sendiri. Aspek ini sama dengan pandangan Heideggar yang memperkenalkan konsep "kewujudan sah". Kewujudan ini merujuk kepada individu membuat pilihan dan keputusan moral yang tulen dan tidak membenarkan dirinya dipengaruhi oleh pendapat dan pandangan orang lain dalam membuat pilihan dan keputusan moral. Apabila individu itu membenarkan orang lain membuat pilihan moral untuk dirnya, dia dianggap berada dalam kewujudan yang tidak sah. Golongan eksistensialisme menitikberatkan kebebasan memilih (freedom of choice) dalam situasi yang mereka berada. Terdapat tiga bentuk kebebasan:
Kebebasan moral bermaksud kebebasan bertindak tanpa amanah, paksaan dan larangan. Mengikut eksistensialisme, seseorang itu merasakan kewajipannya bukan suatu yang dipaksa dari luar, tetapi sesuatu yang dikehendaki olehnya sendiri. Dengan menjauhi semua prinsip dan peraturan moral, individu mesti menggunakan kebebasannya untuk mendapat fakta yang betul berhubung dengan situasi yang dihadapinya, iaitu menilai secar teliti situasi berkenaan, kemudian membuat pilihan dan keputusan moralnya sendiri. Eksistensialisme menekankan pilihan terus daripada sumber asal (first hand choice). |
Teori Teleologikal |
Dalam sejarah etika terdapat dua pandangan utama, iaitu Teori Teleologikal (Consequentialist Theory) dan Teori Deontologikal (Non-consequentialist Theory). Pada prinsipnya, kedua-dua teori ini bertentangan antara satu sama lain dalam menentukan nilai-nilai sesuatu perlakuan moral. Tumpuan Teori Teleologikal ialah hasil atau akibat sesuatu tindakan manakala tumpuan Teori Deontologikal ialah tindakan atau jenis tindakan itu. Perkataan teleologikal berasal daripada perkataan Yunani "telos" yang bermaksud "tujuan" atau "matlamat". Seseorang ahli teleologis akan menentukan sama ada bercakap bohong adalah betul atau salah melalui akibatnya, tetapi seseorang ahli deontologis akan melihat nilai betul salah sesuatu tindakan secara intrinsik, iaitu sama ada berbohong itu merupakan tindakan baik atau buruk tanpa menilai kesannya. Teori teleologikal menganggap tindakan atau perbuatan yang membawa kebaikan bermoral manakala yang mendatangkan keburukan adalah tidak bermoral. Kalau akibatnya baik, maka wajib dilakukan dan kalau sebaliknya, perbuatan itu tidak harus dilakukan. Kalau membohong menyelamatkan nyawa seseorang, maka mengikut ahli teleologis, perbuatan membohong itu adalah betul dan wajib dilakukan. Akibat yang baik boleh ditafsirkan sebagai (i). Yang membuat orang lain bahagia dan (ii). Yang menguntungkan diri sendiri. Keadaan ini mewujudkan dua aliran pandangan dalam Teori Teleologikal iaitu aliran Utilitarianisme dan aliran Egoisme Eti |