Monday 30 January 2012

1.2. Peraturan Moral, Adat, Agama dan Undang-undang

KOMPONEN 1: KONSEP ASAS MORAL
 1.2. Peraturan Moral, Adat, Agama dan Undang-undang
Sumber: Asas Dinamika Guru Modul 1/3 BPG KPM 2004
 
Peraturan
Pengertian
Ciri-ciri
Prinsip-prinsip
Peraturan
Moral
§  Satu hasil kajian tentang betul salah tingkah laku manusia
§  Menyediakan undang-undang yang sistematik tentangan tanggapan-tanggapan/matlamat-matlamat yang unggul
§  Bersifat rasional dan autonomus kerana manusia sentiasa berminat dalam tingkahlakusendiri, berfikir dan bersoaljawab tentang tingkah laku, membandingkan tingkah laku manusia dan cuba mencari prinsip-prinsip dan rasioanl atas tingkahlakunya sendiri.
§  Boleh diubah-ubah
§  Tiada pengasas
§  Seseorang yang bermoral haruslah menghormati orang lain
§  Dicipta oleh manusia
Prinsip manakah yang banyak mempengaruhi tindakan anda?

Prinsip Autonomi
§  Meliputi  pertimbangan bebas
§  Pertimbangan dan tingkah laku akibat paksaan luar tidak dikategorikan sebagai moral

Prinsip Keadilan
§  Menghormati hak orang lain dan saksama
§  Tidak membenarkan individu menyalahgunakan kebebasannya untuk individu yang bersifat tamak dan mementingkan diri sendiri

Prinsip Altruisme
§  Belas kasihan
§  Simpati
§  menghargai dan mengambil berat kebajikan orang lain.
§  Menjauhkan individu daripada kejahatan mementingkan diri sendiri



Pengertian
Ciri-ciri
Prinsip-prinsip
Peraturan
Adat
Adat bererti  kebiasaan dalam mengharungi kehidupan manusia
Takrif  1: Dr.Van Dijk
Semua kesusilaan dan kebiasaan dalam semua lapangan hidup, juga semua peraturan tingkah laku
Takrif 2: Syed Alwi
Peraturan-peraturan hidup yang dipusakai daripada datuk nenek kita dan yang diperturunkan daripada bapa kepada anak atau daripada yang tua kepada yang muda dengan kaedah ditunjuk, diajar, ditegur dan disapa dan tidak dengan cara yang bertulis.
§  Cara hidup manusia yang mementingkan sifat-sifat tingkah laku yang murni serta baik
§  Dicipta oleh manusia
§  Disampaikan secara lisan seperti nasihat, teguran dan teladan
§  Diturunkan dari satu generasi kepada generasi yang lain
§  Penafsiran peraturan adar berbeza mengikut kaum, masa dan lokasi

Peraturan
Agama
·         Takrif 1: Alan Haris
Agama mempunyai peraturan-peraturan tertentu.  Peraturan-peraturan ini berlainan mengikut ajaran agama masing-masing
§  Peraturan agama merangkumi semua aspek kehidupan manusia
§  Peraturan ini termaktub dalam kitab agama.
§  Peraturan ini menetapkan panduan tingkah laku dan menyatakan balasan jika peraturan itu dilanggar.
§  Justeru, peraturan boleh mendorong penganutnya mematuhi tuntutan agama.
§  Tidak boleh diubah-ubah
§  Bukan ciptaan manusia
§  Setiap penganutnya mestilah mematuhi peraturan yang terdapat di dalam agama masing-masing
§  Peraturan agama adalah satu cara hubungan antara manusia  dengan tuhan
§  Peraturan agama juga merangkumi  cara hubungan antara manusia dengan manusia


Peraturan Undang-undang
Weber
Norma, nilai dan peraturan sesebuah masyarakat yang boleh membentuk tingkah laku dengan watak seseorang itu lahir daripada kepatuhan individu terhadap autoriti yang sah

Austrinm, seorang ahli fikir Inggeris menyifatkan peraturan undang-undang sebagai satu perintah yang diberikan oleh pihak pemerintah kepada rakyat dan sekiranya perintah itu tidak ditaati, pihak pemerintah akan menggunakan kekerasan supaya undang-undang dipatuhi.
§  Peraturan-peraturan masyarakat yang telah diluluskan oleh autoriti yang sah
§  Alat kawalan dan bahan rujukan bagi suatu kesalahan Perlu dupatuhi oleh setiap individu Setiap kesalahan hanya didenda dengan wang atau penjara
§  Kejahilan terhadap suatu peraturan undang-undang tidak boleh menjadi alasan  bagi membela diri dari tuduhan atau dakwaan
§  Perasaan kasih sayang, belas kasihan, tolak ansur dan baik hati tidak wujud
§  Tidak ada unsur pilih kasih dan faktor-faktor kronisme dalam pelaksanaan undang-undang


1 comment: