Nota Ulangkaji Topik 5
Aplikasi Kemahiran dalam Pengajaran Pembelajaran Pendidikan Moral
1. Pembelajaran berasaskan Teori Of
Constraint
Pengenalan
Theory of Constraints (TOC) adalah salah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang inovatif daripada perspektif guru dan murid. Teknik ini dapat “menghidupkan” pengajaran dan pembelajaran sejarah sekaligus meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran ini.
Apakah TOC?
TOC adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran kemahiran berfikir dan penyelesaian masalah berdasar pemikiran yang logik dan sistematik. Teknik ini adalah sebagai satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid.
Kelebihan TOC
Menerusi perlaksanaan teknik TOC dalam pengajaran dan pembelajaran, murid dan guru berupaya;
• mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran.
• menyelesaikan masalah dengan berkesan.
• membuat keputusan secara bertanggungjawab dan bersama.
• berkomunikasi dengan baik dan
• memperoleh pembelajaran sepanjang hayat.
Melalui aplikasi teknik TOC, tiga kemahiran dapat digabungjalinkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran iaitu;
• kemahiran berfikir secara kritis
• kemahiran berfikir secara kreatif
• kemahiran generik
plikasi TOC dalam pendidikan
Dalam pendidikan, teknik TOC boleh diaplikasikan menerusi;
• kandungan kurikulum.
• pengajaran dan pembelajaran konsep.
• membuat keputusan berkaitan dengan permasalahan pembelajaran.
• perancangan strategik untuk mencapai matlamat.
Cadangan kaedah penggunaan teknik TOC dalam pendidikan adalah sebagaimana berikut;
• sesi bercerita ( pemahaman konflik dan cara watak membuat keputusan).
• kajian kes ( modifikasi kelakuan dan tingkah laku, pembelajaran nilai murni dan kerohanian).
• Kandungan Huraian Sukatan Pelajaran ( kemahiran berfikir dan perancangan strategik).
Teknik dalam TOC
Dalam pendidikan terutamanya pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah, terdapat tiga teknik TOC yang boleh diaplikasikan iaitu;
• Teknik Awan ( The Cloud )
• Teknik Sebab dan Akibat ( Logic Branch )
• Teknik Penyelesaian Masalah ( Problem Solving )
Theory of Constraints (TOC) adalah salah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang inovatif daripada perspektif guru dan murid. Teknik ini dapat “menghidupkan” pengajaran dan pembelajaran sejarah sekaligus meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran ini.
Apakah TOC?
TOC adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran kemahiran berfikir dan penyelesaian masalah berdasar pemikiran yang logik dan sistematik. Teknik ini adalah sebagai satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid.
Kelebihan TOC
Menerusi perlaksanaan teknik TOC dalam pengajaran dan pembelajaran, murid dan guru berupaya;
• mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran.
• menyelesaikan masalah dengan berkesan.
• membuat keputusan secara bertanggungjawab dan bersama.
• berkomunikasi dengan baik dan
• memperoleh pembelajaran sepanjang hayat.
Melalui aplikasi teknik TOC, tiga kemahiran dapat digabungjalinkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran iaitu;
• kemahiran berfikir secara kritis
• kemahiran berfikir secara kreatif
• kemahiran generik
plikasi TOC dalam pendidikan
Dalam pendidikan, teknik TOC boleh diaplikasikan menerusi;
• kandungan kurikulum.
• pengajaran dan pembelajaran konsep.
• membuat keputusan berkaitan dengan permasalahan pembelajaran.
• perancangan strategik untuk mencapai matlamat.
Cadangan kaedah penggunaan teknik TOC dalam pendidikan adalah sebagaimana berikut;
• sesi bercerita ( pemahaman konflik dan cara watak membuat keputusan).
• kajian kes ( modifikasi kelakuan dan tingkah laku, pembelajaran nilai murni dan kerohanian).
• Kandungan Huraian Sukatan Pelajaran ( kemahiran berfikir dan perancangan strategik).
Teknik dalam TOC
Dalam pendidikan terutamanya pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah, terdapat tiga teknik TOC yang boleh diaplikasikan iaitu;
• Teknik Awan ( The Cloud )
• Teknik Sebab dan Akibat ( Logic Branch )
• Teknik Penyelesaian Masalah ( Problem Solving )
Teknik Awan ( The Cloud )
Teknik ini memikirkan tentang sesuatu kejadian, idea, situasi dan penyelesaian konflik yang bertentangan kehendak. Konflik yang hendak diselesaikan mungkin berbentuk konflik internal yang hanya melibatkan satu pihak sahaja atau konflik eksternal yang melibatkan dua pihak.
Teknik Sebab dan Akibat (Logic Branch)
Teknik ini menerangkan bagaimana sesuatu tingkah laku, idea atau kejadian mengakibatkan kesan-kesan berikutnya. Murid mampu menerangkan urutan perkara-perkara penting dengan cara hubungan yang logik. Murid juga mampu mengenalpasti hubungan sebab dan akibat dengan cara yang berfokus menerusi permulaan tindakan yang berentet-rentet.
Teknik ini memikirkan tentang sesuatu kejadian, idea, situasi dan penyelesaian konflik yang bertentangan kehendak. Konflik yang hendak diselesaikan mungkin berbentuk konflik internal yang hanya melibatkan satu pihak sahaja atau konflik eksternal yang melibatkan dua pihak.
Teknik Sebab dan Akibat (Logic Branch)
Teknik ini menerangkan bagaimana sesuatu tingkah laku, idea atau kejadian mengakibatkan kesan-kesan berikutnya. Murid mampu menerangkan urutan perkara-perkara penting dengan cara hubungan yang logik. Murid juga mampu mengenalpasti hubungan sebab dan akibat dengan cara yang berfokus menerusi permulaan tindakan yang berentet-rentet.
Teknik Penyelesaian Masalah (Problem Solving)
Teknik penyelesaian masalah adalah satu teknik pengajaran yang bertujuan untuk memberi peluang dan ruang kepada pelajar lebih produktif dan bertukar pandangan dalam usaha untuk menyelesaikan persoalan yang dikemukakan kepada mereka. Teknik ini boleh digunakan bagi merancang langkah-langkah dengan sistematik secara kolaboratif untuk menghadapi dan mengatasi cabaran ke arah pencapaian matlamat yang telah ditetapkan.
Aplikasi TOC dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah
Teknik Awan
i. Berpandukan teks, pelajar terlebih dahulu mengenalpasti konflik yang wujud.
Teknik penyelesaian masalah adalah satu teknik pengajaran yang bertujuan untuk memberi peluang dan ruang kepada pelajar lebih produktif dan bertukar pandangan dalam usaha untuk menyelesaikan persoalan yang dikemukakan kepada mereka. Teknik ini boleh digunakan bagi merancang langkah-langkah dengan sistematik secara kolaboratif untuk menghadapi dan mengatasi cabaran ke arah pencapaian matlamat yang telah ditetapkan.
Aplikasi TOC dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah
Teknik Awan
i. Berpandukan teks, pelajar terlebih dahulu mengenalpasti konflik yang wujud.
ii. Kenalpasti keperluan yang berdasarkan kehendak yang mencetuskan konflik.
iii. Murid mempertimbangkan anggapan tertentu.
iv. Kenal pasti pula matlamat bersama.
v. Murid akan mencari penyelesaian ‘win-win’ ke arah tercapainya matlamat bersama.
Teknik Penyelesaian Masalah
i. Murid mengenal pasti matlamat yang hendak dicapai dengan berpandukan kepada teks yang dikemukakan.
ii. Murid mengenal pasti pula cabaran-cabaran yang menghalang pencapaian matlamat.
iii. Kemudian murid mencari langkah-langkah untuk mengatasi cabaran supaya matlamat dapat dicapai.
Kesimpulan
Menerusi kaedah TOC pelajar dapat menguasai dan mengaplikasikan kemahiran berfikir dan penyelasaian masalah berdasarkan pemikiran yang logik dan sistematik. Di samping itu setiap keputusan yang dibuat oleh murid untuk menyelesaikan sesuatu masalah adalah dibuat dengan bertanggungjawab dan secara kolektif. Menerusi kaedah TOC juga, murid mampu berkomunikasi dengan baik .
2. Pembelajaran Aktif
Pembelajaran Aktif dalam Pendidikan Moral: Inovasi dan
Kreativiti Guru
Dr. Vishalache Balakrishnan
Jabatan Asas Pendidikan dan Kemanusiaan
Universiti Malaya
visha@um.edu.my
Pengenalan
Pembelajaran
aktif bukanlah satu idea yang baru. Sejak zaman Socrates lagi pembelajaran
aktif sudah dipraktikkan. Pendidik progresif seperti John Dewey menekankan
kepentingan pembelajaran aktif. Pembelajaran aktif merupakan satu pendekatan
pengajaran dan pembelajaran yang semakin popular dalam era ini. Guru digalakkan
beralih daripada pengajaran pasif ke pengajaran aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Tetapi guru perlu ada inovasi dan kreativiti dalam imaginasi mereka sama ada di
dalam atau di luar bilik darjah untuk melaksanakan satu set aktiviti
pembelajaran aktif.
Apakah
sebenarnya yang dimaksudkan dengan pembelajaran aktif?
Pembelajaran aktif merujuk kepada
pendekatan di mana murid berinteraksi dengan bahan pengajaran. Murid melakukan
sesuatu yang termasuk mengenali, memproses and mengaplikasi informasi (nilai)
yang diterima. Menurut Meyers dan Jones (1993), pembelajaran aktif berasal
daripada dua andaian: (1) pembelajaran pada hakikatnya adalah satu aktiviti
yang aktif dan (2) murid yang berlainan mempunyai cara belajar yang berbeza.
Pembelajaran aktif menjadi realisasi
apabila murid diberikan peluang untuk berinteraktif dengan apa yang dipelajari.
Ini sebenarnya menggalakkan mereka memahami dan mengembangkan pengetahuan dan
bukan menerima pengetahuan secara pasif. Dalam persekitaran pembelajaran aktif,
guru mengambil posisi fasilitator dan bukan setakat penyampai ilmu sahaja.
Mengapakah
pembelajaran aktif diberikan keutamaan?
Kajian telah menunjukkan bahawa
pembelajaran aktif merupakan satu pendekatan yang efektif. Tidak kira apa mata pelajaran
yang diajar, pembelajaran aktif membolehkan murid mempelajari lebih banyak
perkara, menyimpan informasi lebih lama and berasa seronok dalam bilik darjah.
Pembelajaran aktif menggalakkan murid mempelajari daripada guru dan murid lain
dibandingkan dengan cara tradisional yang melibatkan murid itu sendiri sahaja.
Kajian juga telah menunjukkan bahawa penglibatan pasif secara umumnya membawa
kepada retensi pengetahuan yang terhad seperti yang ditunjukkan di bawah:
Kon Pembelajaran
Bagaimanakah
menyerap pembelajaran aktif dalam pengajaran anda?
Menggunakan pembelajaran aktif boleh
menjadi satu cabaran kepada guru dan murid yang tidak biasa dengan pendekatan
tersebut. Guru sebagai fasilitator menyerahkan sebahagian daripada kuasa mengawal
kelas kepada murid dan murid pula memikul tanggungjawab bukan hanya untuk apa
yang dipelajari tetapi juga cara mempelajari sesuatu yang diajar. Berikut
adalah beberapa teknik umum untuk memberikan peluang kepada murid untuk
terlibat secara aktif dalam pembelajaran mereka:
Think-pair-share ialah aktiviti mudah yang boleh digunakan dalam kelas. Berikan masa
untuk murid memikirkan tentang sesuatu topik, minta mereka berbincang dengan
kawan di sebelah dan kemudian berkongsi hasil perbincangan tadi dengan seluruh
kelas.
Minute Papers memberi peluang kepada murid untuk sintesis pengetahuan mereka dan
menanya soalan kepada isu yang tidak terjawab. Berikan murid beberapa minit
untuk menjawab soalan berikut secara bertulis ataupun lisan: Apakah perkara
yang paling penting yang kamu pelajari hari ini? Apa yang kamu kurang faham?
Pelbagaikan soalan sebegini dan respon murid akan mengukuhkan proses
pembelajaran mereka dan memberikan kamu feedback/maklum
balas tentang pemahaman murid.
Brainstorming ialah satu lagi teknik mudah yang melibatkan seluruh kelas dalam
sesuatu perbincangan. Perkenalkan apa yang perlu dipelajari dan minta input
daripada murid yang akan anda catat atas papan hitam.
Permainan yang berkaitan dengan Pendidikan Moral mudah diserapkan dalam pengajaran
dan pembelajaran untuk menggalakkan pembelajaran aktif dan penglibatan murid.
Permainan berbentuk padankan, pertandingan, permainan board, menyelesaikan puzzle
dan sebagainya boleh digunakan.
Kerja kumpulan membenarkan setiap ahli kumpulan bersuara, berkongsi pendapat dan
mengembangkan kemahiran untuk bekerjasama dengan orang lain untuk menyiapkan
sesuatu tugasan. Kerja kumpulan koperatif menghendaki semua ahli kumpulan
bekerjasama untuk menyiapkan sesuatu tugasan yang diberikan.
Perbahasan di kelas merupakan satu perkakas efektif yang boleh menggalakkan
murid memikirkan pelbagai perspektif sesuatu isu.
Kajian kes menggunakan kisah sebenar yang menerangkan apa berlaku dalam
sesuatu masyarakat, keluarga, sekolah atau individu akan menggalakkan murid
mengintegrasikan pengetahuan yang diperolehi dalam bilik darjah dengan
pengetahuan kehidupan sebenar, tindakan dan akibat sesuatu tindakan.
Kebaikan
menggunakan pembelajaran aktif and keberkesanannya:
Murid secara individu mungkin akan
berhadapan dengan sesuatu masalah dan putus asa tetapi secara berkumpulan,
murid akan membantu antara satu sama lain. Dalam pembelajaran aktif, murid akan
terdedah kepada pelbagai strategi penyelesaian masalah. Mereka akan berani mencuba
strategi tersebut dalam keadaan “power sharing” dan “empowerment”. Murid lebih
yakin dalam menjawab soalan atau berdialog dengan guru secara berkumpulan.
Secara umumnya, murid belajar secara efektif dan interaktif apabila mereka
mengajar antara satu sama lain.
Apakah
ciri-ciri pembelajaran aktif?
Arahan
berpusatkan murid
Minat, motivasi dan kekuatan murid perlu
dipertimbangkan apabila guru Pendidikan Moral merancang aktiviti kelas. Guru
perlu sensitif terhadap latar belakang murid dan kreatif dalam menggunakan
pengetahuan sedia ada murid untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran
berpusatkan murid.
Komuniti
diskusi
Murid mempunyai banyak peluang untuk
kolaborasi and bertukar idea antara satu sama lain (murid dengan murid, murid
dengan guru, murid dengan warga sekolah). Peluang untuk melibatkan diri dalam
proses pengajaran dan pembelajaran dikonstruk dengan pembelajaran melalui
interaksi dengan lain secara inovatif agar pembelajaran menyeronokkan dan
memotivasikan murid.
Refleksi
Pembelajaran aktif diimbangkan dengan
refleksi. Murid perlu ada masa dan peluang untuk membuat refleksi atas maklumat
yang diterima semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Refleksi ini boleh
dibantu melalui kolaborasi dengan murid dan guru yang akan membawanya ke tahap equilibrium. Untuk sampai ke tahap
pemahaman nilai atau konsep yang diajar, murid terpaksa melalui satu proses
yang mencabar dan memerlukan refleksi yang serius. Guru yang kreatif dan
inovatif boleh membantu murid membuat refleksi dengan pelbagai cara.
Berkongsi
tanggungjawab dalam proses pembelajaran
Pembelajaran menjadi bermakna apabila
murid bertanggungjawab terhadap pembelajarannya sendiri. Guru boleh membantu
murid mencapai tahap tersebut dengan memberi bimbingan dalam bertindak dan berinteraksi
dengan pembelajaran sendiri.
Kesalahan
sebagai perkakas untuk pembelajaran
Penilaian
autentik
Dalam Pendidikan Moral, murid dinilai
melalui pelbagai cara. Melalui pembelajaran aktif, tanggungjawab untuk menilai
juga dikongsi bersama murid. Misalnya, penilaian diri dan penilaian rakan
sebaya membantu murid menilai pengetahuan dan pemahaman murid yang menjadikan
pengajaran lebih bermakna.
Peranan
guru sebagai fasilitator
Murid belajar melalui pelbagai cara.
Seorang guru yang kreatif akan membantu mengembangkan pemikiran kritikal murid.
Guru akan menjadi fasilitator yang membantu murid menyelesaikan masalah dan
membawa makna kepada pengajarannya daripada hanya setakat menyampaikan ilmu.
Tidak ada satu cara mutlak atau pengajaran yang membantu semua murid belajar.
Oleh itu, guru Pendidikan Moral perlulah menggunakan pengetahuan, kemahiran dan
kreativiti masing-masing untuk memimpin dan menyokong pembelajaran murid
mereka.
Menggunakan
masalah autentik
Penggunaan masalah autentik seperti
kajian kes adalah satu perkakas pembelajaran yang efektif. Apabila berhadapan
dengan situasi kehidupan sebenar yang tidak mempunyai satu cara penyelesaian
yang mutlak, murid perlu menggunakan kemahiran berfikir secara kritikal.
Kemahiran tersebut akan mendalam apabila guru mengaitkan pengalaman dan
pengetahuan sedia ada murid dengan nilai atau konsep yang diajar.
Peranan
guru Pendidikan Moral dalam KSSR
Sebagai guru yang perlu mengajar tiga
domain (penaakulan moral, perasaan moral, tingkah laku moral), guru berhadapan
dengan cabaran yang agak kompleks dalam penyediaan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Perhatian perlu diberikan terhadap aktiviti yang akan membantu
meningkatkan tanggungjawab murid dalam pembelajaran mereka. Guru juga perlu
membantu murid dengan menyediakan garis panduan bagaimana mereka bekerja dalam
kumpulan atau melaksanakan aktiviti kolaborasi. Guru menyediakan peluang untuk
komunikasi yang akan memberi kesan kepada murid dari aspek berkongsi idea,
melaksanakan aktiviti dan mencapai kata sepakat. Tahap penglibatan murid secara
aktif juga bergantung kepada jumlah masa dan tahap kedalaman dalam penglibatan
murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
Rujukan
Brooks, J.G. & Brooks, M.G. (1993). In search of understanding: The case for
constructivist classrooms. Alexandria ,
VA : Association for Supervision
and Curriculum Development.
Dale, E. (1969). Audio-visual methods in teaching. New York : Holt, Rinehart and Winston.
Meyers, C. & Jones, T. (1993).
Promoting active learning: Strategies for the college classroom. San Francisco , CA :
Jossey-Bass.
3. Pembelajaran Kontekstualisme
Pembelajaran Kontekstualisme
Definisi – Satu kaedah pemeblajaran yg menggabungkan isi kandungan dgn
pengalaman harian individu, masy. Dan alam pekerjaan melibatkan aktiviti
hand-on dan mind-on. Ciri-ciri:
- dapat proses maklumat baru dgn cara yg bermakna dlm rangka minda.
- maklumat disampaikan dlm konteks pelbagai dan bermakna
- guru mewujudkan kepelbagaian persekitaran pembelajaran.
4. Pembelajaran Konstruktivisme
Pembelajaran Konstruktivisme
Definisi – Pengetahuan, idea, konsep dibina secara aktif oleh individu
yg berfikir berdasarkan pengetahuan sedia ada melalui proses metakognitif.
Ciri2
- Penglibatan- simulasi perasaan ingin tahu
- Penjelajahan – guna pend. Inkuiri utk menjelajah dan menyiasat
- Penerangan- definisi konsep dan penyataan
- Penghuraian – menghubungkait sesuatu kemahiran / konsep
- Penilaian – menilai pemahaman pelajar melalui demotrasi pemhaman
dan kemahiran.
Peranan guru- Fasilitator, pembimbing,
mengenalpasti masalah, berfikiran terbuka, mencabar persepsi murid, beri masa
yg secukupnya, tahu melaksanakan pembelajran koperatif.
Peranan murid – sikap bertanggungjawab ,
memnpunyai inisiatif kemuka isu , adakan perbincangan , mencabar hipotesis yg
telah dibuat, perlu mempunyai kemahiran maklumat dan penggunaan teknologi .
5. Kemahiran Berfikir secara
Kritis dan Kreatif
6. Kemahiran Kajian Masa Depan
7. Integrasi Kecerdasan Emosi (KKE) dalam pengajaran Pendidikan Moral
Aplikasi
Kemahiran Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Moral
Integrasi
Kecerdasan Emosi (KKE) dalam Pengajaran dan Pembelajaran Moral
Pengenala
Konsep Kompetensi Kecerdasan Emosi(KKE)
Dalam
konteks kecerdasan emosi, kompetensi bermaksud kecekapan atau kelayakan untuk
menguruskan kecerdasan emosi diri dengan sempurna.
Patricia (1996)
Kompetensi
merupakan ciri potensi individu yang membolehkannya menghasilkan prestasi yang
tinggi untuk sesuatu tugas, peranan atau dalam sesuatu situasi.
Whiddett dan Hollyfords (2003)
Tingkah
laku yang didemonstrasikan oleh individu secara aktif atas kerja yang
ditugaskan di bawah konteks organisasinya.
Pengertian
Ciri-ciri
kecekapan menggunakan kecerdasan emosi diri yang melibatkan kemahiran empati,
intrapersonal dan interpersonal, termasuk kemahiran sosial.
Model
Empat Cabang Kompetensi Kecerdasan Emosi Mayer & Salovery
Pengenapastian
Kecerdasan Emosi
|
Model Empat Cabang Kompetensi Kecerdasan Emosi Mayer
& Salovery
Rubrik Kompetensi Kecerdasan Emosi
Cabang Literasi Emosi
|
Kompetensi Kecerdasan Emosi
|
1. Persepsi dan Ekspresi
Emosi
|
Keupayaan mengenal pasti dan
menunjukkan dengan ekspresi yang tepat
|
2. Penggunaan Emosi
|
Keupayaan menggunakan emosi secara
membina dalam proses membuat keputusan yang wajar.
|
3. Pemahan Emosi
|
Keupayaan memahami maksud yang
sebenar terhadap pelbagai emosi di dalam situasi yang nyata, agar boleh
menggunakannya untuk membina komunikasi berkesan dalam interaksi sosial.
|
4. Pengurusan Emosi
|
Keupayaan mengurus emosi supaya
literasi emosi daripada aspek personal dan sosial dapat dipertingkatkan.
|
Kepentingan EQ:
Mengikut Howard Gardner, potensi manusia mempunyai lapan
kecerdasan seperti berikut:
Antara lapan jenis kecerdasan yang dikenal pasti oleh
Howard Gardner, kecerdasan interpersonal dan kecerdasan intrapersonal adalah
jenis kecerdasan yang berkaitan dengan kecerdasan emosi.
·
Kecerdasan interpersonal merupakan kecerdasan interaksi sosial termasuk kerjasama,
kepandaian memimpin serta berkomunikasi dengan berkesan.
·
Kecerdasan
intrapersonal ialah ilmu
pengetahuan dan kefahaman seseorang terhadap agama, refleksi kendiri, dan
mendisiplinkan diri serta kesedaran terhadap perasaan diri.
Kepentingan Kecerdasan Emosi Murid
1. Memahami Emosi diri sendiri
·
Kemajuan
mengenal pasti dan menamaka emosi sendiri
·
Lebih
berupaya memahami sebab-sebab yang membangkitkan perasaan
·
Dapat
mengenal pasti perbezaan di antara
perasaan dan tindakan rasional
2. Mengurus Emosi
·
Toleransi
·
Masalag
disiplin bilik darjah akan dapat dikurangkan
·
Menunjukkan
perasaan marah dengan cara berpatutan tanpa berlawan
·
Tingkah
laku distruktif dan agresif dapat dikurangkan
·
Peningkatan perasaan positif terhadap diri, sekolah dan
keluarga
·
Mengurus
tekanan secara berkesan
·
Kerungsingan
sosial dan kesepian dikurangkan
3. Memanfaatkan emosi
·
Murid
menjadi lebih bertanggungjawab
·
Berupaya
menumpukan perhatian dengan lebih teliti t4erhadap tugasan masing-masing
·
Tindak
balas yang lebihg rasional dan berdaya
·
Mengawal
diri secara lebih berkesan
4. Empati – Membaca Emosi
·
Peningkatan
keupayaan memahami perasaan orang lain
·
Peningkatan
empati dan sifat sensitif terhadap perasaan orang lain
·
Sedia
dan cekap mendengar kata orang lain
5. Mengurus hubungan
·
Kebolehan
bertambah dalam daya menganalisis dan memahami hubbungan antara orang.
·
Dapat
menyelesaikan konflik dan merunding perselisihan dengan lebih berkesan
·
Dapat
menyelesaikan masalah hubungan dengan cara yang lebih baik
·
Asertif
yang berlebihan dan mahir dalam komunikasi
·
Disanjungi
lebih ramai orang
·
Dapat
berinteraksi dengan rakannya secara lebih mesra
·
Timbangrasanya
dipertingkatkan
·
Peningkatan
dalam bekerjasama, pertolongan dan perkongsian
·
Dapat
berinteraksi secara lebih demokratik dengan orang lain.
Cara Guru
Membantu Murid Mengurus Emosi Diri:
1. Amalkan Sikap Kepimpinan Demokratik
·
Mewujudkan
interaksi dua hala
o
Suasana
sosioemosi yang sihat, mesra dan harmonis
·
Mengurangkan
suasana yang tegang
o
Menggalakkan
murid-murid rapat dengan guru
o
Tidak
segan untuk bertanya atau mengemukakan pendapat
·
Mendorong
murid-murid berinteraksi di antara satu sama lain dan melibatkan diri secara
aktif dalam aktiviti kumpulan
2. Mengelolakan Banyak Aktiviti Kumpulan
·
Memberi
banyak peluang berinteraksi
·
Contoh
aktiviti:
o
Pengayaan
o
Pemulihan
o
Lakonan
o
Sesi
buzz
o
Permainan
o
Pertandingan
o
Kerja
projek
3. Menggunakan Teknik Menyoal
·
Untuk
mendapatkan tindak balas murid
·
Mencungkil
pendapat murid
·
Murid-murid
dibimbing dan digalakkan menjawab soalan
·
Penglibatan
murid dalam pembelajaran adalah secara aktifi
·
Interaksi
dua hala yang sihat berlaku
4. Menggunakan Percakapan yang sesuai
·
Percakapan
guru menjadi pengaruh tidak langsung
·
Mewujudkan
interaksi dua hala
·
Menggalakkan
murid mengemukakan pendapat/memberi tindak balas
o
Teknik
memuji
o
Menerima
pendapat murid-murid dengan hati terbuka
5. Menggunakan Strategi Berpusatkan Murid
·
Mewujudkan
pembelajaran aktif
·
meminimumkan
kaedah menerang, syarahan, demonstrasi guru
·
Memaksimumkan
kaedah perbincangan dan kaedah penyelesaian masalah
·
Wewujudkan
interaksi secara langsung antara murid
6. Menggunakan Banyak Alat Bantu Mengajar
·
Menarik
perhatian murid dan menimbulkan minat untuk belajar
·
Murid
yang berminat akan berusaha melibatkan
diri dalam pembelajaran yang aktif
·
ABM
yang sesuai berfungsi sebagai media antara guru dan murid untuk membentuk
interaksi
7. Mewujudkan Suasana Interaksi yang Kondusif dalam Bilik
Darjah
·
Suasana
interaksi yang kondusif
o
Menyusun
keadaan fizikal- tempat duduk murid berkumpulan
8. Mambantu Murid Bermasalah
·
Terdapat
murid yang bermasalah peribadi seperti:
o
Pendiam
o
Penakut
o
Pemalu
·
Guru
harus mengadakan sesi kaunseling
·
Menggalakkan
penyertaan/penglibatan mereka dalam aktiviti pembelajaran bersama murid normal
yang lain
·
Mendorong
murid normal menerima murid-murid bermasalah
·
Tindakan
guru ini akan meningkatkan penglibatan lebih ramai murid berinteraksi
9. Mengajar dengan sikap penyayang
·
Bertujuan
merapatkan hubungan guru dengan murid-murid.
·
Murid-murid
digalakkan bertanya soalan dan memberi pendapat
·
Mengemukakan
masalah peribadi dengan harapan dapat diselesaikan oleh guru penyayang mereka
10. Gunakan Ganjaran
sebagai galakan dan motivasi pembelajaran
·
Elakkan
hukuman dan gunakan bimbingan sewajarnya untuk murid masalah disiplin
o
Mengurangkan
konflik antara guru dengan murid dalam sistem sosial sekolah
No comments:
Post a Comment