Wednesday 20 July 2011

Teori Teleologikal

Teori-teori Etika


 Teori Teleologikal
 
Dalam sejarah etika terdapat dua pandangan utama, iaitu Teori Teleologikal (Consequentialist Theory) dan Teori Deontologikal (Non-consequentialist Theory). Pada prinsipnya, kedua-dua teori ini bertentangan antara satu sama lain dalam menentukan nilai-nilai sesuatu perlakuan moral.

Tumpuan Teori Teleologikal ialah hasil atau akibat sesuatu tindakan manakala tumpuan Teori Deontologikal ialah tindakan atau jenis tindakan itu.

Perkataan teleologikal berasal daripada perkataan Yunani "telos" yang bermaksud "tujuan" atau "matlamat". Seseorang ahli teleologis akan menentukan sama ada bercakap bohong adalah betul atau salah melalui akibatnya, tetapi seseorang ahli deontologis akan melihat nilai betul salah sesuatu tindakan secara intrinsik, iaitu sama ada berbohong itu merupakan tindakan baik atau buruk tanpa menilai kesannya.

Teori teleologikal menganggap tindakan atau perbuatan yang membawa kebaikan bermoral manakala yang mendatangkan keburukan adalah tidak bermoral. Kalau akibatnya baik, maka wajib dilakukan dan kalau sebaliknya, perbuatan itu tidak harus dilakukan. Kalau membohong menyelamatkan nyawa seseorang, maka mengikut ahli teleologis, perbuatan membohong itu adalah betul dan wajib dilakukan. Akibat yang baik boleh ditafsirkan sebagai (i). Yang membuat orang lain bahagia dan (ii). Yang menguntungkan diri sendiri.
 

Keadaan ini mewujudkan dua aliran pandangan dalam Teori Teleologikal iaitu aliran Utilitarianisme dan aliran Egoisme Eti


















 


No comments:

Post a Comment