Monday 18 July 2011

Fungsi Nilai

 Bagaimanakah nilai berfungsi sebagai batasan terhadap 
 perbuatan  dan kelakuan individu atau masyarakat?

Pendapat daripada pelajar-pelajar F1B adalah diwajibkan dan kelas lain adalah dialu-alukan.

Terima kasih.

28 comments:

  1. Sekiranya seseorang itu mengamalkan nilai rasional,dia boleh berfikir berdasarkan bukti yang nyata dan mengambil tindakan berasaskan pertimbangan yang wajar. Contohnya, dia akan menjauhi diri daripada menghisap dadah kerana mengetahui bahawa penghisapan dadah akan menjejaskan kesihatan dan memusnahkan masa depannya.

    ReplyDelete
  2. Nilai dapat mempengaruhi perbuatan dan kelakuan individu.Sebagai contoh,nilai kepercayaan kepada tuhan boleh membataskan kelakuan seseorang,seseorang akan sentiasa mematuhi ajaran agama masing-masing. 'Dengan ini,seseorang itu tidak akan menlanggar ajaran agama dan tidak akan membuat perbuatan jahat.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Nilai-nilai moral telah menjadi panduan kehidupan masyarakat. Sebagai contoh, manusia yang mengamalkan nilai harga diri akan berusaha memulia dan menjaga diri dalam kehidupan dengan tidak melibatkan diri dalam gejala negatif. Kesannya, manusia akan menjaga tingkah laku masing-masing dalam kehidupan seharian dan seterusnya kes jenayah juga dapat dibendung.
    -Shireen Wong F1B-

    ReplyDelete
  5. Seseorang yang mengamalkan nilai berhemah tinggi akan sentiasa menjaga tingkah laku sendiri, bersopan santum semasa berucap dan menghormati orang lain. Contohnya, tidak menyampuk semasa orang yang lebih tua bercakap.
    yen teng F1B

    ReplyDelete
  6. Nilai merupakan sebuah konsep abstrak yang tidak boleh dilihat tetapi hanya boleh ditunjukkan dalam akhlak seseorang itu . Sebagai contoh , seseorang yang berakhlak mulia dan berbudi bahasa boleh dianggap mempunyai nilai yang positif . Selain itu , nilai merangkumi apa yang dianggap baik dan apa yang dianggap buruk , indah atau tidak indah , dan benar atau salah . Ini bermakna orang yang bernilai tinggi akan berhemah tinggi dalam kehidupan harian dan menjauhi diri daripada perbuatan maksiat . Itu sahaja daripada pandangan saya terhadap fungsi nilai . Sekian , terima kasih . PEI SEE

    ReplyDelete
  7. Nilai ditanam di kalangan anak-anak sejak kecil-kecil lagi melalui Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam. Dengan demikian,anak-anak akan mempunyai kesedaran bahawa apa-apa yang mereka lakukan betul atau salah melalui nilai rasional yang diajar. Mereka dapat berfikir dengan rasional dan tidak akan melakukan apa-apa yang menjatuhkan maruah diri sendiri dan keluarga dan seterusnya berkelakuan baik.
    Low Le Yi F1B

    ReplyDelete
  8. Nilai moral berfungsi sebagai suatu garis panduan dalam hidup seharian kerana seseorang akan dapat mengetahui sama ada dirinya betul atau salah dalam sesuatu tindakan melalui nilai moral.Contohnya seseorang yang mencuri barang orang lain akan merasa kesal kerana dia tidak beramalkan nilai moral.Bagi masyarakat pula,nilai moral berfungsi sebagai alat yang menjamin kesejahteraan dan aman damai kehidupan kita.Ini kerana orang ramai akan mengamalkan nilai murni dan mengelakkan daripada pengamalan sikap buruk.

    ReplyDelete
  9. Nilai merupakan satu garis panduan yang menyediakan anggota masyarakat untuk menjalani kehidupan dan berfungsi sebagai batasan terhadap perbuatan atau kelakuan individu dan masyarakat. Sebagai contoh orang yang mempunyai nilai kepercayaan kepada Tuhan tidak akan mencuri atau menganiayai orang lain atau melakukan perbuatan yang tidak baik kerana nilai ini mengajar seseorang supaya percaya kepada Tuhan dan jangan melakukan perbuatan yang tidak baik. Ini bermakna nilai tersebut telah menjadi batasan terhadap perbuatan seseorang supaya tidak melakukan kejahatan dan perbuatan yang tidak bermoral.Selain itu, seseorang yang mengamalkan nilai toleransi juga akan sentiasa bertolak ansur dengan orang lain, nilai ini juga telah membataskan kelakuan seseorang supaya tidak bergaduh dengan orang lain.

    ReplyDelete
  10. Bagi seseorang yang mengamalkan nilai kesederhanaan, dia bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam pemikiran, pertuturan atau perlakuan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain. Hal ini menunjukkan bahawa nilai berfungsi sebagai batasan terhadap perbuatan dan kelakuan individu.
    Yang Hui Zi (F1B)

    ReplyDelete
  11. pada pendapat saya, seseorang yang mengamalkan nilai dapat membataskan tingkah laku dia dalam kehidupan seharian. Dengan mengamalkan nilai seperti toleransi, kita akan belajar untuk bertolak ansur dan sentiasa bersabar. ini dapat mengelakkan kita daripada berlakunya pertelingkahan atau yang lebih serius pergaduhan. Masyarakat akan menjadi lebih aman dan damai.
    Ch'ng Zirou (F1B)

    ReplyDelete
  12. Seseorang yang bermoral sudah pastinya tidak akan melakukan perbuatan negatif ataupun kegiatan yang melanggarkan prinsip-prinsip kehidupannya. Sebagai contoh, individu yang mengamalkan nilai berkaitan dengan alam sekitar tidak akan melibatkan diri dalam aktiviti yang boleh mencemarkan alam sekeliling kita. Justeru, nilai berfungsi sebagai batasan terhadap perbuatan dan kelakuan individu.

    ReplyDelete
  13. pada pendapat saya,nilai merupakan panduan hidup seseorang.Seseorang yang mengamalkan nilai akan sentiasa menjaga tingkah lakunya dan sanggup bertolak ansur dengan orang lain.sebagai contoh,seseorang yang mengamalkan nilai bertanggungjawab akan melaksanakan kewajipannya sebagai anak dengan tidak terlibat dalam gejala sosial untuk menjaga nama baik keluarga.

    ReplyDelete
  14. pada pendapat saya.nilai-nilai merupakan sebagai suatu panduan hidup kepada manusia.jika manusia boleh mengamalkan nilai-nilai murni,mereka tidak akan melakukan sebarang yang tidak baik.selain itu,mereka akan menjaga tingkahlakunya dan berfikir secara rasional sebelum mereka melakukan sesuatu.orang yang bertindak dengan mengamalkan nilai-nilai murni barulah dapat dianggap sebagai seorang 'manusia'.oleh itu,nilai berfungsi sebagai batasan terhadap
    perbuatan dan kelakuan individu atau masyarakat

    ReplyDelete
  15. Pada dasarnya nilai moral mempunyai fungsi iaitu untuk melayani manusia. pertama, berfungsi mengingatkan manusia untuk melakukan kebaikan demi diri sendiri dan sesama sebagai bagian dari masyarakat. kedua, menarik perhatian pada permaslahan-permasalahan moral yang kurang ditanggapi manusia. Ketiga, dapat menjadi penarik perhatian manusia kepada gejala “Pembiasaan emosional”. Sebagai contoh , seseorang yang mengamalkan niali moral tidak akan melakukan sesuatu yang melanggar undang-undang atau bertentangan dengan agamanya .

    ReplyDelete
  16. Nilai moral telah berfungsi sebagai batasan terhadap kelakuan individu kemasyaratkat.Sebagai contohnya, nilai kesederhanaan telah dapat mengawalkan kelakuan setiap individu supaya mereka tidak keterlaluan dalam melakukan sesuatu perkara. Orang yang mengamalkan nilai kesederhanaan akan berjaya mengawalkan kelakuan diri sendiri dan juga tidak keterlaluan dalam melakukan sesuatu perkara.

    ReplyDelete
  17. Nilai memang merupakan aspek yang terasas bagi membolehkan manusia menjalankan aktiviti harian. Perbuatan manusia terikat dengan nilai moral kerana nilai yang mulia memang akan dicontohi dan dipratikkan oleh semua individu.Seseorang individu yang memiliki agama pasti akan mengamalkan nilai moral seperti yang mana yang ditunjuk oleh agama masing-masing.Jika setiap individu mempratikumkan nilai dalam setiap kelakuan,pastilah kesejahteraan seseorang dapat dijaminkan.
    shirley hang F1B

    ReplyDelete
  18. Pada pendapat saya,nilai moral boleh menjadi batasan terhadap perbuatan dan kelakuan individu atau masyarakat.Contohnya nilai harga diri. Seseorang yang menghargai diri sendiri akan mengetahui dan menyedari tanggungjawabnya untuk menjaga nama baik diri,keluarga dan orang lain. Mereka akan sentiasa berpakaian sopan,menjaga perlakuan dan pertuturan serta tidak melakukan sesuatu yang melampaui batas kesopanan atau norma masyarakat dan undang-undang.

    ReplyDelete
  19. Nilai dapat menjadi prinsip dalam kehidupan. Sebagai contohnya, seseorang yang mengamalkan nilai bertangungjawab akan berusaha melaksanakan kewajipan dan tugasan dengan penuh rasa tanggungjawab. Sekiranya mereka tidak berjaya menyiapkan tugasan dengan sempurna, mereka akan berasa tidak selesa. Jadi, mereka yang mengamalkan nilai akan membataskan tingkah laku sendiri.

    ReplyDelete
  20. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  21. sekiranya seseorang mempunyai nilai moral seperti bertanggungjawab, dia akan menjalankan tanggungjawabnya dengan sedaya upaya dan sempurna. Seseorang itu tidak akan mengelakkan diri daripada tanggungjawabnya. Hal ini telah menjadi satu batasan kepadanya untuk mengelakkan tanggungjawab yang sepatutnya dipikul olehnya.Oleh yang demikian,nilai dapat berfungsi sebagai batasan terhadap
    perbuatan dan kelakuan individu atau masyarakat.

    ReplyDelete
  22. Sekiranya seseorang itu mempunyai nilai-nilai murni , seseorang itu dapat mengawal tingkah lakunya dan beretika. Misalnya, jika seseorang itu mengamalkan nilai rasional, dia akan berfikir masak-masak dahulu sebelum mengambil sebarang tindakan. dia berupaya mengambil tindakan berdasarkan pertimbangan yang wajar. Dengan ini, kes seperti kes kecurian, kes ragut atau kes pembunuhan tidak akan berlaku. Justeru, keamanan masyarakat dapat dipelihara dan masyarakat dapatlah hidup dalam keadaan yang aman dan damai.

    ReplyDelete
  23. Pada pendapat saya,niali dapat menjadi batasan kepada tingkah laku kita dalam kehidupan seharian.Hali ini disebabkan sekiranya seseorang itu mengamalkan nilai toleransi,dia dapat bertolak ansur,sabar dan mengawal diri semasa pergaulan dengan orang lain.Dengan ini,pertelingkahan dan perselisihan antara rakan-rakan atau orang lain pula dapat dielakkan.Sebaliknya,seseorang yang tidak mengamalkan nilai toleransi,dia tidak dapat bergaul dengan rakannya dengan mesra.Oleh itu,nilai toleransi dapat menjadi satu batasan kepada kita supaya tidak selalunya bertelingkah dengan orang lain.

    Daripada:Yong Kah Cheng(F1B)

    ReplyDelete
  24. Sebagai seorang insan , seseorang itu mesti mempunyai nilai-nilai moral dalam diri sendiri . Nilai moral tersebut dapat mengawal dirinya daripada melakukan perbuatan yang tidak baik dan menjatuhkan maruah diri sendiri serta orang sekelilingnya . Nilai kesederhanaan adalah salah satu nilai yang perlu ada pada setiap orang . Kita perlu bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dari segi pemikiran , pertuturan dan perlakuan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain . Sebagai contohnya ,kita mesti berfikir masak-masak sebelum melakukan sesuatu kesalahan yang boleh menyusahkan orang lain serta ahli keluarga kita . Contohnya : mencuri , merompak , bergaduh , merosakkan kemudahan awam dan sebagainya .
    Daripada:Hui Hui F1B

    ReplyDelete
  25. Nilai-nilai moral akan membataskan perbuatan seseorang. Seseorang yang mengamalkan nilai harga diri akan berupaya dan berkeyakinan diri untuk memulia dan menjaga maruah diri. Contohnya, sesorang wanita tidak akan menjadi pelacur dalam keadaan apa jua pun. Walaupunh kehidupan sangat miskin dan susah payah.
    Kong Siew Ping F1B

    ReplyDelete
  26. Pada pendapat saya, seseorang yang mengamalkan nilai-nilai moral akan mendapat tahu kepentingan menjaga kelakuan kendiri dalam kehidupan harian. Mereka sedar bahawa keburukan dan tiada manfaatnya berkelakuan jahat dan selalu membuat pertimbangan dan membuat keputusan secara rasional dan tidak keterlampauan.
    Mereka yang memahami kepentingan bermoral tidak akan bersikap mementingkan diri, dengan tidak melakukan sesuatu yang akan menguntungkan diri sendiri tetapi membawa kesan negatif yang mendalam kepada masyarakat dan negara.
    Oleh itu, nilai moral perlu diajar dan diamalkan oleh setiap individu demi membatas seseorang daripada berbuat jahat, seterusnya membawa kesejahteraan dan keharmonian hidup.

    Shirlie Ho (F1B)

    ReplyDelete