Loading...

Wednesday, 20 July 2011

Teori Deontologi

Teori-teori Etika


Deontologi
 
Pengenalan

Deontologi berasal dari perkataan Yunani "deon" yang bermaksud "yang diharuskan atau diwajibkan".

Teori ini menegaskan bahawa betul atau salahnya sesuatu tindakan itu tidak berdasarkan atau ditentukan oleh akibat-akibat tindakan tersebut.

Seperti Teori Teleologikal, terdapat beberapa jenis Teori Deontologi iaitu Deontologi Tindak (Act) - Eksistensialisme (Etika Situasi) dan Deontologi Peraturan (Rule) - Prinsip Kewajipan.

Deontologi selalu dikaitkan dengan Immanuel Kant, seorang ahli flasafah German (1724-1804) yang pernah mengajar di University of Konigsberg di bahagian barat Rusia.

Kant percaya bahawa apa yang memberi nilai moral kepada sesuatu tindakan bukan akibatnya kerana akibat-akibat tindakan kita tidak sentiasa berada di bawah kawalan kita.

Akan tetapi motif (niat) tindakan kita adalah di bawah kawalan kita dan, oleh itu, kita harus bertanggungjawab secara moral atas motif kita untuk membuat kebaikan atau keburukan.
 










Prinsip Kewajipan
 

Menurut Kant, prinsip kemoralan ialah kewajipan (duty).

Kecuali good will atau tekad baik, tiada yang baik tanpa syarat.

Tekad baik diterangkan sebagai taakulan praktikal (keupayaan untuk melaksanakan prinsip atau peraturan).

Kant menyatakan bahawa "bakat minda" seseorang seperti kecerdasan, kebijaksanaan dan pertimbangan; "hadiah atau pemberian alam" seperti kekuasaan, kekayaan, dan kehormatan, dan "ciri watak" seperti keberanian, ketabahan hati, dan sifat-sifat lain memang baik dan diingini dalam banyak hal atau perkara.

Walaupun begitu sifat-sifat ini tidak boleh dianggap baik tanpa syarat.

Tumpuan diberi dan diletak atas niat, tujuan dan motif seseorang, dan bukan atas apa yang dilakukannya.

Motif yang menjadikan sesuatu tekad itu baik bukanlah cita rasa, kemahuan atau kecenderungan semula jadi.

Sesuatu tindakan akan mempunyai nilai moral apabila dilakukan dengan kerelaan dan seseorang itu akan mempunyai kerelaan hati jika motif tindakannya ialah satu tanggungjawab moral yang diakui.

Satu-satu tindakan yang dianggap betul dari segi moral tidak dianggap memadai jika ia dilakukan semata-mata untuk kepentingan diri.
 

Kategorikal Imperatif
 

Kewajipan atau undang-undang mutlak dikenali sebagai satu set prinsip moral iaitu Categorical Imperative atau perintah mutlak/tanpa syarat.

Prinsip moral yang ditetapkan oleh individu itu mestilah juga dipatuhi oleh orang lain.

Individu itu mestilah bertindak sebagaimana dia inginkan orang lain bertindak terhadapnya.
 
Praktikal Imperatif
 

Satu lagi formula yang penting ialah Practical Imperative yang menyatakan bahawa kemanusiaan hendaklah sentiasa menjadi matlamat dan bukan alat perlakuan individu.

Kemanusiaan adalah suatu nilai intrinsik manusia.
 


















Kelemahan dan Kekuatan Teori Kant
 

Kekuatan
Kelemahan
Melahirkan insan yang patuh dan taat kepada kewajipan, peraturan, undang-undang dan agama
Bolehkah kita mengetepikan langsung akibat suatu tindakan di dalam menentukan satu sistem moral yang berkesan?
Mewujudkan individu yang bertanggungjawab terhadap dirinya
Apakah faedah sesuatu sistem moral itu kalau tidak membawa akibat baik terhadap diri kita sendiri, orang lain dan kedua-duanya?
Sifat ikhlas adalah dasar utama teori ini. Tanpa kerelaan dan keikhlasan sesuatu tindakan tiada nilainya.
Apa gunanya mengamalkan sistem moral yang begitu rigid sedangkan ia tidak semestinya boleh membawa kebaikan pada masa-masa tertentu?

 

Kewajipan Prima Facie

Sir William David Ross (1877-1940) bersetuju dengan kant bahawa kemoralan pada asasnya tidak patut berdasarkan akibat tindakan kita tetapi beliau tidak bersetuju dengan kemutlakan teori-teori Kant. Ross percaya bahawa terdapat kewajipan prima facie tertentu yang patut kita sentiasa patuhi kecuali apabila keadaan atau alasan yang serius memerlukan kita buat yang berlainan.
 





Prima facie = ("at first glance" atau "on the surface of things")

Kewajipan prima facie Ross termasuk mengatakan kebenaran, menunaikan janji, mengakui kebaikan yang dilakukan oleh orang lain terhadap kita, mengamalkan keadilan dan tidak mencederakan orang lain, dan lain-lain. Seperti Kant, Ross percaya terdapat peraturan yang patut dipatuhi oleh manusia kerana ini adalah obligasi manusia melakukannya.

Eksistensialisme
Jean Paul Satre adalah pelopor utama dalam eksistensialisme. Eksistensialisme melemahkan peraturan tradisional dan mutlak yang berfungsi sebagai panduan moral.

Bagi eksistensialisme, kemoralan berasaskan andaian "kebebasan".

Menurut Satre, jika individu mematuhi peraturan masyarakat secara buta tuli, dia mempunyai pandangan "mitologi" yang menjejaskan kebebasannya.

Mitos ini mesti dihapuskan dari alam kemoralan.

Tidak dapat dinafikan bahawa individu tidak dapat membuat apa-apa terhadap hakikat bahawa dia telah lahir, bagaimana dia lahir, dalam abad berapa dia lahir, ibu bapanya dan lain-lain, tetapi dia boleh menentukan bagaimana dia hendak hidup.

Individu mesti bertanggungjawab terhadap pertimbangan dan tingkah laku moralnya sendiri.

Aspek ini sama dengan pandangan Heideggar yang memperkenalkan konsep "kewujudan sah".

Kewujudan ini merujuk kepada individu membuat pilihan dan keputusan moral yang tulen dan tidak membenarkan dirinya dipengaruhi oleh pendapat dan pandangan orang lain dalam membuat pilihan dan keputusan moral.

Apabila individu itu membenarkan orang lain membuat pilihan moral untuk dirnya, dia dianggap berada dalam kewujudan yang tidak sah.

Golongan eksistensialisme menitikberatkan kebebasan memilih (freedom of choice) dalam situasi yang mereka berada. Terdapat tiga bentuk kebebasan:
  • Kebebasan jasmani
  • Kebebasan kehendak
  • Kebebasan moral
Kebebasan moral bermaksud kebebasan bertindak tanpa amanah, paksaan dan larangan.

Mengikut eksistensialisme, seseorang itu merasakan kewajipannya bukan suatu yang dipaksa dari luar, tetapi sesuatu yang dikehendaki olehnya sendiri.

Dengan menjauhi semua prinsip dan peraturan moral, individu mesti menggunakan kebebasannya untuk mendapat fakta yang betul berhubung dengan situasi yang dihadapinya, iaitu menilai secar teliti situasi berkenaan, kemudian membuat pilihan dan keputusan moralnya sendiri.

Eksistensialisme menekankan pilihan terus daripada sumber asal (first hand choice).
 


No comments:

Post a Comment