Saturday 23 July 2011

Penaakulan Moral

Kepada pelajar-pelajar yang disayangi,
             Penulisan Penaakulan Moral dalam penulisan esei seharusnya memperlihatkan penaakulan moral anda tehadap isu yang diutarakan dalam soalan. Tidak perlu ditulis dalam satu perenggan secara berasingan. Pembaca esei anda akan merasai bahawa anda ada penaakulan moral terhadap isu moral itu melalui perbincangan kritikal isu tersebut.
Cuba fokuskan kepada isu moral yang ada. Kemungkinan kita ada pelbagai jalan penyelesaian yang lain. Adalah susah untuk membuat satu keputusan moral yang baik. Penggunakan peraturan moral atau keadilan moral  tidak begitu penting dalam  menyelesaikan dilema moral, tetapi di samping itu kita perlu ada kemahiran pemikiran kritikal semasa menganalisis sesuatu  Isu moral. Dalam perbincangan kritikal itu, kita pelu mempertahankan keputusan atau pertimbangan kita. Keputusan itu hendaklah matang dan konsisten. Konsisten bermaksud kita janganlah membuat keputusan yang berubah-ubah. Keputusan itu hendaklah jelas dan diikuti sepanjang  masa. Keputusan matang bermaksud satu pertimbangan baik atau buruk; salah atau betul; patut atau tidak patut; wajar atau tidak wajar; berfaedah atau tidak berfaedah dan sebagainya.
Pertimbangan yang dibuat itu boleh dijadikan sebagai pengajaran ataupun nasihat kepada diri sendiri ataupun kepada orang lain. Penaakulan moral perlu menjawab soalan soalan ini:

Bagaimana kita patut bertindak?
Apakah yang patut kita lakukan?

Artikel ini akan diedit dari masa ke semasa. Pendapat pembaca adalah dialu-alukan.


                 


No comments:

Post a Comment