Wednesday 27 July 2011

Ex-Xaverians bring cheer to acid attack victim Hui Linn

GEORGE TOWN: Acid attack survivor Tan Hui Linn received a pleasant surprise when St Xavier’s Institution Form Five Class of 1978 raised RM9,050 for her.

A class representative, who wished to be known only as Wong, said many of the “old boys” donated generously when the hat was passed around during their class reunion last month.

“We read about her predicament and carried out the fund raising. Life is about contribution,” he said after handing over the cheque to Hui Linn at her uncle’s flat in Bandar Baru Air Itam yesterday.

Wong was accompanied by another classmate, Tan Lye Heng, both 50.


http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/7/3/nation/9023410&sec=nation


Kind gesture:
Hui Linn thanking old Xaverians Wong (centre) and Tan for their generosity at Bandar Baru Air Itam yesterday.



Hui Linn, 19, said she was touched by the kind gesture and would keep the money for future use.

Part of Hui Linn’s face, body and limbs were scarred after her father Lim Teik Swee splashed acid on her mother and her while they were sleeping at their home,

Her mother, Chong Swee Lin, 50, died while she was blinded in the right eye. Her other eye has limited vision. Yet, she has managed to score 9As and 1B in last year’s SPM examination.
Her 54-year-old father is being detained at the pleasure of the Yang di-Pertua Negri after a court ruled that he was of unsound mind during the time of the incident.

23 comments:

  1. Sebagai seorang bapa, tidak patutnya dia mempunyai pemikiran emotivis yang terlalu lampau, sehingga sanggup mencederakan anak sendiri. Sekiranya, pada masa itu,bapa Hui Linn berfikir secara masak-masak sebelum bertindak, kejadian tersebut tidak akan berlaku dan Hui Linn tidak akan menerima hakikat seperti itu. Nescaya, sebuah keluarga yang bahagia telah menjadi porak peranda disebabkan oleh pemikiran emotivis seseorang itu.

    ReplyDelete
  2. Pada pendapat saya,kasih sayang boleh mengurangkan kesusahan dan penderitaan seseorang.Hui Linn berasa sangat terharu dan gembira setelah menerima sejumlah wang daripada segolongan masyarakat yang prihatin terhadap masalah yang dihadapinya.Sekiranya setiap individu mengamalkan nilai kasih sayang dalam kehidupan,malah banyak perkara yang tidak diingini dapat dielakkan.

    ReplyDelete
  3. Ayahnya seorang yang tidak rasional dan emotivis. Dia telah dikawal oleh emosinya lalu melakukan perkara tersebut yang ngeri, tidak matang dan terlampau tersebut. Peristiwa tersebut telah merampas nyawa isterinya dan memusnahkan penglihatan dan kulit anaknya.
    Perkara sebegini tidak patut berlaku. Ayahnya sepatutnya lebih rasional dan bawa bertenang kerana walau apa pun perkara, masalah atau konflik yang berlaku, pasti adanya cara penyelesaiannya yang dapat menyelesaikan masalah yang dihadapai dalam keadaan yang aman dan selamat.

    ReplyDelete
  4. Pada pendapat saya, pemikiran emovitis bapa Hui Linn pada masa itu telah menyebabkan dirinya gagal membuat keputusan secara rasional. Hal ini telah mengakibatkan Hui Linn mengalami pengalaman yang ngeri.Tetapi Hui Linn tabah menghadapi hidupnya walaupun telah banyak berubah.Kita haruslah mencontohi semangat Hui Linn yang tabah dan tidak berputus asal.

    ReplyDelete
  5. Saya berpendapat bahawa pemikiran emotivis perlu dijauhi kerana perasaan yang akan mengawal fikiran dan perbuatan kita. Sebagai contoh, bapa Hui Linn yang bersikap emotivis telah meninggalkan kesan yang mendalam kepada Hui Linn. Sebagai seorang bapa, dia sepatutnya mengamalkan nilai kekeluargaan seperti nilai kasih sayang terhadap keluarga. Dia harus mencurahkan kasih sayang kepada anaknya kerana anak merupakan anugerah daripada Tuhan. Selain itu, dia patut melepaskan stres melalui cara yang betul. Fikirlah sebelum bertindak.

    ReplyDelete
  6. Selepas membaca berita tersebut, saya amat mengagumi terhadap ketabahan dan sikap optimis Hui Linn. Bapa Hui Linn patutlah berasa kesal terhadap perbuatannya yang membawa kecederaan kepada Hui Linn dari segi fizikal dan mental. Harap berita tersebut dapat mengingatkan masyarakat kita supaya berfikir baik-baik dan matang sebelum mengambil tindakan. Selain itu, kasih sayang juga sangat penting dalam sesebuah keluarga.

    ReplyDelete
  7. Saya berasa bapa Hui Lin harus mengamalkan nilai rasional dengan berfikir dengan waras sebelum melakukan sesuatu perkara . jika bapa Hui LIn mengamalkan nilai tersebut , maka masalah rumah tangga tidak akan berlaku .Oleh yang demikian , saya berasa setiap insan haruslah memainkan peranan masing-masing agar keharmonian dan kesejahteraan keluarga , masyarakat dan negara dapat dipupuk .

    ReplyDelete
  8. Dalam aspek aliran pemikiran, saya berpendapat bahawa bapa Hui Lin tidak mengamalkan pemikiran yang rasionalis sebaliknya memperoleh pemikiran emotivis. Perasaan bapa Hui Lin pada masa itu telah mengawal fikirannya untuk melakukan perbuatan yang akan membawa kesengsara kepada dirinya dan juga anaknya. Sekiranya bapa Hui Lin berpegang kepada kemunasabahan atau logik yang ada pada pemikiran rasionalis, dia akan memikirkan jalan penyelesaian yang lebih baik dan mungkin keluarganya akan bahagia sekarang.

    ReplyDelete
  9. Pada pendapat saya,ayah hui lin memang seorang yang tidak mengamalkan nilai rasional. Dia bertindak terburu-buru tanpa memikirkan akibatnya.Ayah hui lin terlalu emotivis dan terlalu mengikut perasaan.Perasaan cemburu yang terlampau telah menghantui fikiran ayah hui lin sehingga dia sanggup mencederakan isteri sendiri. Setiap insan merupakan ciptaan Tuhan dan kita memanglah mempunyai emosi yang ekstrem kadang kala. Oleh itu, kita harus mempunyai pegangan agama dan pengamalan moral yang kukuh bagi mengelakkan kita tersilap langkah. Fikirkanlah orang yang tersayang setiap masa.


    shirley hang f1b

    ReplyDelete
  10. Sebenarnya , saya amat mengkagumi semangat Hui Linn yang begitu tekal dan cekal dalam menghadapi masalah keluarga yang menimpa dirinya sendiri kerana tiada orang yang dapat membantunya dalam mengharungi perkara yang pahit ini .Selain itu , tidak ada sesiapa pun yang boleh memahami perasaan Hui Linn yang begitu rumit ini . Walaupun demikian , Hui Linn telah membuktikan semangat dia dalam membangkit semula dan teruskan kehidupan . Pada masa yang sama , Hui Linn telah memberi iktibar kepada masyarakat supaya menghargai nyawa yang tidak ternilai kerana walaupun hilang penglihatan di sebelah mata manakala sebelah matanya lagi kabur melihat persekitaran , Hui Linn tidak pernah berputus asa malah dia terus berusaha sehingga mencapai keputusan cemerlang iaitu sembilan A dan satu B dalam Sijil Pelajaran Malaysia. Ini sahaja daripada pendapat saya terhadap berita ini . Sekian, terima kasih .PEI SEE

    ReplyDelete
  11. Pemikiran Emotivis dapat dilihat pada diri bapa Hui Linn. Dia membiarkan perasaannya mengawal fikirannya dan telah melakukan perbuatan yang sesal seumur hidup . Dia telah hilang kerasionalan dalam dirinya dan telah mencederakan ahli keluarga yang tersayang hanya dengan satu keputusan yang salah .Walaubagaimanapun , Hui Linn seorang yang tabah menghadapi cabaran kerana dia tadak membiarkan perasaan sedih menjejaskan kehidupannya.Malahan telah mencapai keputusan yang baik agar membuktikan dia masih boleh meneruskan kehidupannya dengan baik walaupun telah kehilangan ibunya yang tersayang.

    ReplyDelete
  12. Melalui berita ini, saya mendapati bahawa bapa Hui Linn mempunyai pemikiran emotivis. Dia tidak dapat mengawal emosinya dengan baik. Sebagai seorang bapa, dia harus mengamalkan nilai kasih sayang dan tanggungjawab terhadap keluarga. Dia tidak sepatutnya melepaskan geram terhadap Hui Linn. Dia patut mengamalkan nilai rasional dan memikirkan kesan-kesan selepas dia melakukan perbuatan. Dia harus menghargai Hui Linn dan mempercayai bahawa Hui Linn merupakan hadiah yang dianugerah oleh Tuhan.

    ReplyDelete
  13. Dalam hal ini, saya berpendapat bahawa bapa Hui Linn berfikiran emotivis sehingga hilang waras lalu mencederakan isteri dan anaknya tanpa memikirkan akibat tindakan tersebutnya. Sepatutnya, dia harus mempunyai pemikiran rasionalis dan bertindak kesederhanaan dalam sebarang hal. Sebagai akibat tidak berfikiran rasional, isterinya meninggal dunia dan anaknya kehilangan ibunya dan cacat serta dirinya dipenjarakan. Oleh sebab itu, kita perlu menjadikan peristiwa ini sebagai satu pengajaran kita supaya berfikiran rasionalis dan menghindari diri daripada pemikiran emotivis. Dengan itu, barulah kita tidak akan menyesal atas tindakan kita pada suatu hari nanti.

    ReplyDelete
  14. Pada pendapat saya, bapa Hui Linn tidak patut berfikiran emotivis yang tidak dapat mengawal perasaannya sehingga membuat keputusan untuk mencederakan isteri dan anak kandungnya. Sebagai seorang bapa, dia perlu berfikiran rasionalis yang dapat mengawal emosi diri sendiri. Dia juga patut berfikir dan bertindak selepas pertimbangan yang wajar. Dalam peristiwa ini, kita dapat nampak kesan buruk yang terjadi jika kita berfikiran emotivis. Oleh itu, kita patut sentiasa berfikiran rasionalis.

    ReplyDelete
  15. Dalam hal ini pemikiran emotivis yang ada pada bapa Hui Linn telah menyebabkan keluarga mereka porak-peranda, Hui Linn mengalami kecederaan yang tidak dapat sembuh, ibunya meninggalkan dunia, bapanya sedang menerima hukaman penjara. Inilah akibat orang yang memberi perasaan mereka mengawal mereka. Oleh itu saya berasa bapa Hui Linn harus mengamalkan nilai rasional supaya dia boleh berfikir dengan waras dan membuat pertimbangan yang wajar sebelum mengambil sesuatu tindakan. Dan saya rasa dia juga tidak patut mempunyai pemikiran emotivis yang membawa keburukan kepada kita.

    ReplyDelete
  16. Pada pendapat saya, bapa Hui Linn sepatutnya mengamalkan nilai kasih sayang terhadap keluarga dan rasional. Dia tidak sepatutnya melakukan perkara yang sebegitu. Tindakannya telah menyebabkan Hui Linn mengalami kecederaan yang serius manakala isterinya telah meninggal dunia. Hal ini dapat dielakkan jika dia berfikir secara rasional dan mengamalkan pemikiran emotivis. Kita haruslah bijak mengawal perasaan kita pada setiap masa dan menjadikan hal ini sebagai pengajaran serta jangan sesekali mengulangi perkara yang sama seperti ini pada masa kelak.

    Low Le Yi F1B

    ReplyDelete
  17. Saya berpendapat bahawa ayahnya sepatutnya berfikir dengan rasional sebelum mengambil sebarang tindakan.Sekiranya mempunyai masalah, bolehlah dibincangkan bersama keluarga tetapi bukannya melakukan tindakan sebegini.Namun begitu, Hui linn masih berupaya berusaha dengan gigih dan berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperriksaan SPM. Sikap inilah yang sepatutnya dicontohi.

    Yeo Jia Ying F1B

    ReplyDelete
  18. Melalui berita ini,saya sangat kagum akan ketabahan Hui Linn kerana Hui Linn dapat mengharungi sebarang masalah yang dihadapi olehnya dalam tempoh masa yang begitu rumit iaitu kehilangan ibu disebabkan perasaan emotivis bapanya dan bapanya pula dipenjarakan.Bukan sahaja itu,Hui Linn telah memaparkan nilai kesabaran semasa memaafkan bapanya yang menyebabkan kecenderaan fizikal dan mental dalam sepanjang hayatnya.Masyarakat yang menghulurkan bantuan wang kepada Hui Linn juga menunjukkan perasaan kasih sayang dan simpati terhadap Hui Linn sekali gus memberi keyakinan kepada Hui Linn untuk mengharungi kehidupan pada masa depan.

    ReplyDelete
  19. Pada pendapat saya, bapa Hui Linn sebagai seorang dewasa patutlah berfikiran rasional.Dia patut mengawal perasaan diri dan tidak patut melepaskan geram sesuka hati. Pemikiran emovitis bapa Hui Lin telah menyebabkan berlakunya tragedi yang dikesali ini. Walaupun menghadapi peristiwa yang pahit ini, namun Hui Linn tetap tabah dan optimistik meneruskan kehidupan.Selain itu,dia juga memaafkan bapanya serta mengucapkan terima kasih kepada pihak yang menghulurkan bantuan kepadanya. Semangat inilah yang patut kita contohi.
    Kong Siew Ping F1B

    ReplyDelete
  20. Ini merupakan satu contoh yang jelas menerangkan kesan buruk yang akan menimpa kepada orang lain jika tidak memikir masak-masak sebelum bertindak.Pada pendapat saya,ayahnya tidak wajar melakukan perkara tersebut terhadap anaknya dengan kejam walaupunnya mempunyai apa sahaja sebab.Ini kerana tindakannya adalah salah dan telah mencederakan jiwa serta memusnahkan masa hadapan anak kandungnya sendiri.Melalui berita ini, kita harus mengambil iktibar supaya dapat memikir dengan rasional,berdasarkan bukti dan bertimbang rasa.
    Wong Ang Lem F1B

    ReplyDelete
  21. Pada pendapat saya, bapa Hui Linn merupakan seorang yang pemikiran emotivis. Dia telah membiarkan perasaannya mengawal fikiran dan telah membuat perbuatan yang salah. Dia telah mencederakan anaknya dan telah memusnahkan kebahagaiaan anaknya. Dia patut berfikiran rasional dan patut berfikir tentang kesan yang akan dibawa kepada diri sendiri dan ahli keluarganya.Manakala melalui hal ini saya juga dapat mengetahui Hui Linn merupakan seorang yang tabah. Hui Linn telah megemukakan perkara ini dengan sikap yang positif. Dia tidak berputus asas telah menyebabkan dia mendapat keputusan yang baik dalam SPM.

    ReplyDelete
  22. Pada pendapat saya, bapa Hui Linn tidak mengamalkan sikap rasional. Dia tidak dapat berfikir secara rasional sebelum mengambil sebarang keputusan atau tindakan . Hal ini telah mengakibatkan peristiwa ini berlaku dan memusnahkan masa depan anaknya yang cerah,iaitu Hui Linn.Peristiwa ini juga menyebabkan dia menerima hukuman undang-undang. Sebenarnya, bapa Hui Linn perlu mengamalkan sikap kasih sayang terhadap keluarganya terutamanya Hui Linn sedangkan Hui Linn ialah anaknya.

    ReplyDelete
  23. Pada pendapat saya,bapa Hui Linn tidak mengamalkan nilai rasional dan nilai bertanggungjawab.Dia tidak berfikir sebelum bertindak dan tidak melaksanakan kewajipannya sebagai seorang ayah.Sebaliknya,dia menjadi orang yang mencederakan anaknya.walaubagaimanapun,Hui Linn tetap tabah menerimma hakikat dan menghadapi cabaran dengan berani.Kita haruslah menjadikan semangat Hui Linn sebagai teladan untuk mencapai kecemerlangann dalam kehidupan.F1B yap foong rong

    ReplyDelete